DIA YANG MACAM-MACAM.
dia yang belum tumbuh gigi
sudah teringin nak menggigit.
poh ! poh !
dia yang makan di tapak tangan
sudah teringin nak mencakar.
sho ! sho !
dia yang baru bertunas
sudah teringin nak melilit.
ha ! ha !
dia yang baru bertatih
sudah teringin nak memintas.
kah ! kah ! kah !
.
dari cita-cita
ReplyDeletetimbulnya keazaman
andainya tak jemu berusaha
InsyaAllah akan tergenggam...
Dia yang baru setahun jagung
ReplyDeletedah berlagak macam buluh kasap
Saya tak paham sebenarnya. Ada member selalu guna.
sy punya kefahaman..
ReplyDeleteentri ini dicatat di pejabat..
oleh itu ia sindiran kpd pegawai baru yang naik tocang !!!
Kefahaman saya pun sama ngn IE..
ReplyDeleteUmur bau setahun jagung tapi dah x sabar2 nak tunjuk pandai...
kakcik
ReplyDeletedalam mencapai cita-cita .. jari kaki orang jangan dipijak !
bungacahaya
ReplyDeletebukan berlagak tapi berniaga buluh kasap ..
untung tak ada, pangkal (modal) lesap !
ikan emas
ReplyDeletesatu telahan berseni yang boleh diterima. sebenarnya sindiran ini bole diguna untuk berbagai situasi.
misalnya boleh diguna untuk menegur "negara kecil yang nak mengajar negara besar" dsb.
cik shinju
ReplyDeleteoleh kerana kefahaman Ju sama dengan IE, jawapan uncle pun sama dengan jawapan kepada IE di atas.
lama tak tinggal jejak di sini....
ReplyDeleteSaya pun faham mcm IE dan cik Shinju. Nampaknya pakngah dah jawablah kan..
Tapi ada satu perkara lagi. Gambar yang pakngah gunakan dlm entri ini unik lah..suka saya tengok...:)
yus
ReplyDeletefahaman yus tu betullah tu .. memang sifat sajak boleh ditafsirkan pelbagai.
gambar tu hasil carian google !
Saya pernah 'terkena' seperti apa yg pakcik nyatakan...
ReplyDeletekhai
ReplyDeletemungkin semua orang pernah terkena ..
mungkin juga kita pernah buat macam tu dulu2 .. tapi kita tak perasan !
dia yang baru dapat lesen
ReplyDeletesudah teringin nak merempit
mueheheheh~
gadisbunga
ReplyDeletekira ok juga tu ..
jangan tak ada lesen, dah gila merempit !
dia yang baru belajar pegang berus,
ReplyDeletesudah teringin nak menyolek pengantin
.
.
hikhikhik... pengantin badut
:D
kts
ReplyDeleteingatkan nak berus gigi tadi !
kalau pengantin badut, pasangannya badut ... tak apalah kan?
Mungkin keyakinan diri dia terlebih2, hehehe
ReplyDeletedinas aldi
ReplyDeleteapa pun yang telebih2 tak elok .. contohnya kalau hidung kita terlebih2 ! hehe
sama2..mjawab "terima kasih kerana sudi bermain2 di gelanggang''
ReplyDeletemendalam mksud sajak tadi ye
east
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi berkunjung .. sajak itu fleksibel, boleh disesuaikan mengikut kehendak pembaca !