Thursday, March 17, 2011

PANTUN SAJA-SAJA - 9 : KAPAL TAK HANYUT.

http://www.thisfabtrek.com/journey/africa/mauritania/20050912-nouadhibou/nouadhibou-cap-blanche-stranded-ship-08-4.jpg



Pergi ke Pilah mencari umbut,
Jangan lupa membawa parang,
Sedangkan bah kapal tak hanyut,
Inikan pula kemarau panjang.




.

25 comments:

  1. mencari umbut sampai mengah
    puas dicari tak jumpa juga
    kucari maksud pantun pakngah
    puas memikir tak faham juga

    ReplyDelete
  2. umbut kalau dimakan dengan sambal belacan sedap kan ???

    mana nak cari kek somban ni??

    ReplyDelete
  3. Jangan dijolok sarang si lebah
    Nanti larinya tak cukup tanah
    Bukan bah sebarang bah
    Kapal hanyut kota pun punah

    ReplyDelete
  4. hu.. IM nak jadi orang yang sehebat ini, boleh ke?

    ReplyDelete
  5. xpenah makan umbut kelapa..best x umbut?heheh

    ReplyDelete
  6. Sedangkan Bah Kapal Tak Hanyut
    Inikan Pula Kemarau Panjang
    Kalau Hati Telah Terpaut
    Badai Gelora Sanggup DiTentang

    Mencari Umbut Hingga Ke Pilah
    Parang Tak Lupa Dibawa Bersama
    Ingin Ikatan Terjalin Indah
    Dan Kekal Abadi Selama-lama

    ReplyDelete
  7. pergi ke pilah mencari umbut,
    jgn lupa mambawa parang,
    masa bah kapal tak hanyut,
    tapi bila tsunami terbang melayang.

    *sama2 kita doakan keadaan kawan2 kita di Jepun segera pulih dari malang bertimpa-timpa mereka...

    ReplyDelete
  8. ikan emas 1

    kalau tak faham .. tak dapek nak nolong eh do !

    ikan emas 2

    entahlah .. saya belum pernah cuba lagi.

    awak suka makan umbut apa ?

    ReplyDelete
  9. bungacahaya

    "sedangkan bah kapal tak hanyut .. inikan pula kemarau panjang"


    itu adalah ungkapan panglima dulu kala yang ingin menunjukkan kehebatannya.

    ReplyDelete
  10. im

    boleh saja .. tepuk dada tanya selera. tetapi sebelum itu penuhkan dulu ilmu di dada !

    ReplyDelete
  11. cikceritacorner

    banyak-banyak umbut, umbut kelapalah yang paling lazat .. haluuuss !

    ReplyDelete
  12. eye_nee

    Inikan pula kemarau panjang
    Apa di bimbang hangatnya senja
    Badai belora sanggup di tentang
    Cuma madah orang bercinta.

    mencari umbut hingga ke Pilah
    parang tak lupa bawa bersama
    nyawa dan badan jika berpisah
    moga berjumpa di pintu syurga.

    ReplyDelete
  13. gadisbunga

    pergi ke pilah mencari umbut,
    jangsn lupa mambawa parang,
    bila tsunami semuanya hanyut,
    nyawa nakhoda turut melayang.

    ReplyDelete
  14. pergi ke Pilah mencari umbut
    sudah dapat, letak di talam
    hebat sungguh kapal tak hanyut
    mungkin bah tak cukup dalam

    hehe tah apa2 la pembayang saya tu

    ReplyDelete
  15. Guruh berdentum bumi bergegar
    Ayam jaguh sedang bersabung
    Jangan cakap sahaja berdegar
    Hulur senjata kita bertarung

    cewah!

    ReplyDelete
  16. dinas aldi

    pergi ke Pilah mencari umbut
    jangan dihirau orang tergelak
    kalau dah bah kapal tak hanyut, kalau kemarau terpaksa ditolak

    ReplyDelete
  17. kts

    guruh berdentum bumi bergegar
    ayam jaguh sedang berjuang
    bukan ku takut bukan ku gentar
    tapi ku malu menghunus pedang.

    ReplyDelete
  18. tgk tv rancangan sutun,
    sangatlah cantik, sangatlah anggun,
    Pandai sungguh kalian berpantun,
    tuan hamba sangat terpegun.

    ReplyDelete
  19. normaliza mah

    buka jendela ku lihat bulan,
    tengok tv rancangan hantu,
    bolehkah saya dapat penjelasan,
    siapa dia yang terpegun itu ?

    ReplyDelete
  20. jalan kaki tepi batu nisan,
    jalan terus terjumpa cik Enggun,
    mudah dan ringkas penjelasan,
    normaliza gerangan yg terpegun.

    hihihi.... :-p
    seronoknya berbalas pantun..

    ReplyDelete
  21. normaliza mah

    terima kasih atas penjelasan itu.

    berpantun memang seronok !

    pernah saya buat entri ttg pantun di sini:

    http://al-lavendari.blogspot.com/2010/01/wa-bukan-tatau-korang-sume-memang-tak.html

    ReplyDelete
  22. salam pantun dulu dulu ni

    memangil ikan suara meneran
    ikan berada di laut dalam
    kapal tak hanyut saya tak heran
    sebab kapal selam pun tak boleh selam

    ehh betul ke gua punya pantun

    ReplyDelete
  23. brutalsolo

    pantun awak tu cukup sifat .. tapi pedas ! hehe

    ReplyDelete
  24. Kuih ketayap kuih keria
    Buat sarapan si anak nyonya
    Saya ni macam dah kehabisan idea
    Cepatlah tuan tambah madahnya


    Tuan, saya kena baca pantun dari sini baru dapat ilham. Tepu pula rasanya sehari dua ni. Heheheh

    ReplyDelete
  25. bungacahaya

    Kuih ketayap kuih keria
    Buat sarapan si anak nyonya
    Ilham ku datang tak tentu masa
    Sekarang hilang entah ke mana.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !