1. saya minat pantun sbb saya rasa pantun satu keunikan.. tapi pantun saya mmg tak ada kualiti, pembayang tak kena selalunya.. hahaha... 2. saya jumpa blog encik di nuffnang.. kan kita ada daftar gadget nuffnang, gadget tu ada paparkan blog2 org lain.. dari situ saya jumpa. & saya gembira sbb jumpa blog ni... boleh lah saya join berbalas pantun.... 'pendatang baharu" 3. encik ni guru? guru bahasa? guru sastera?
1. tak ada istilah tidak berkualiti di sini. yang penting mesej yg ingin disampaikan.
2. oh begitu .. saya ingat melalui blog atau diperkenalkan oleh orang lain.
3. saya bukan guru apalagi guru sastera. cuma meminati sastera. sebenarnya tak ada teori formal pun, cuma atas dasar minat sahaja. itu sebab saya namakan blog ini "puisi orang tak reti"
Atap rumbia lantai bersimen
ReplyDeleteTiada langsir digantung kain
Itulah nasib pekerja gomen
PTK dh takde, ganti yang lain
asal kapas jadi benang
ReplyDeletedari benang dibuat kain
silap kipas bala yang datang
menjadi api membakar daging...
Asal Kapas Jadi Benang
ReplyDeleteDari Benang Dibuat Kain
Kipas Bukan Main Kencang
Alih-alih Dapat Kat Org Lain
asal kapas jadi benang
ReplyDeletedari benang dibuat kain
tak cukup napas bila berenang
sebab makan banyak bukan main
eheheh~
1. saya minat pantun sbb saya rasa pantun satu keunikan.. tapi pantun saya mmg tak ada kualiti, pembayang tak kena selalunya.. hahaha...
ReplyDelete2. saya jumpa blog encik di nuffnang.. kan kita ada daftar gadget nuffnang, gadget tu ada paparkan blog2 org lain.. dari situ saya jumpa. & saya gembira sbb jumpa blog ni... boleh lah saya join berbalas pantun.... 'pendatang baharu"
3. encik ni guru? guru bahasa? guru sastera?
balik kampung pergi kenduri,
ReplyDeletekenduri jauh di kuala kangsa,
Kipas untuk naikkan diri,
orang lain menjadi mangsa.
*baru berjinak berpantun!
salam,
ReplyDeletedari kapas menjadi benang
dari benang menjadi kain
tak payah susah nak buat benang
baju cantik siapkan duit mai bawa kita ke kedai kain
....
biarkan kapas menjadi benang
boleh dibuat kain dan baju
siapa gerangan mengipas cik abang
kalau elok jadikan menantu...
bungacahaya
ReplyDeleteItulah nasib orang nak cari makan secara halal. Semua orang pun kena, bukan kita seorang sahaja.
kakcik
ReplyDeleteasal kapas jadi benang
dari benang dibuat kain
silap kipas bala yang datang
lebih waspada di masa lain.
eye_nee
ReplyDeletesaya suka jawapan awak ini ... terbaik !
mungkin orang lain pakai aircond kot ?
gadisbunga
ReplyDeleteasal kapas jadi benang
dari benang dibuat kain
kita tak bincang fasal berenang
kenapa membawa isu yang lain ?
eh eh !
normaliza mah 1
ReplyDelete1. tak ada istilah tidak berkualiti di sini. yang penting mesej yg ingin disampaikan.
2. oh begitu .. saya ingat melalui blog atau diperkenalkan oleh orang lain.
3. saya bukan guru apalagi guru sastera. cuma meminati sastera. sebenarnya tak ada teori formal pun, cuma atas dasar minat sahaja. itu sebab saya namakan blog ini "puisi orang tak reti"
normaliza mah 2
ReplyDeletemakan kenduri di kuala pilah
kuah rojak di cecah lemang
menaikan diri bukanlah salah
jangan di pijak kepala orang.
ikan emas
ReplyDeletebiarkan kapas menjadi benang
boleh dibuat kain dan baju
si tukang kipas tidak ku pandang
yang baik budi ku cari dulu.
asal kapas jadi benang
ReplyDeletedari benang dibuat kain
pandai kipas belum tentu senang
sekarang byk 'alat' lain
:D
hari ni blur skit. pantun pun jd blur. harap maaf
kts
ReplyDeleteasal kapas jadi benang
dari benang dibuat kain
kalau kipas masih tak senang
buat kerja jangan memain !
asal kapas jadi benang,
ReplyDeletebiarlah orang lain mengipas, kita kerjalah dengan tenang.
im
ReplyDeletesatu nasihat yang baik .. tapi kalau dia kipas sebelah kita, susah juga nak tenang !