khas buat ..
ikan emas,
sayangsayangibu,
kakcik,
dinas aldi,
ku tak sempurna,
insan marhaen,
yus,
gadis bunga,
sayangsayangibu,
kakcik,
dinas aldi,
ku tak sempurna,
insan marhaen,
yus,
gadis bunga,
dan amnya buat ..
peminat2 gelap blog ini.
peminat2 gelap blog ini.
awak ...
sebenarnya hati kita berperang
antara cemuih dan sayang
kerana awak buat kita
macam mengejar bayang-bayang
sebenarnya hati kita berperang
antara cemuih dan sayang
kerana awak buat kita
macam mengejar bayang-bayang
tapi sudahnya kita mengaku kalah
kerana meninggalkan awak bukannya mudah
muka kita asyik berpaling di setiap langkah.
awak ...
zahir kita telah sampai ke daerah baru
tapi ingatan kita tetap tinggal di situ
tiada maknanya jasad kosong tanpa jiwa
lalu kita kembali semula ke daerah lama.
kerana meninggalkan awak bukannya mudah
muka kita asyik berpaling di setiap langkah.
awak ...
zahir kita telah sampai ke daerah baru
tapi ingatan kita tetap tinggal di situ
tiada maknanya jasad kosong tanpa jiwa
lalu kita kembali semula ke daerah lama.
tapi ...
kita tak berani janji untuk berapa purnama
kerana siapalah kita
hendaklah menelah hari di muka
harap kita boleh bergembira
kerana siapalah kita
hendaklah menelah hari di muka
harap kita boleh bergembira
semasa masih lagi berada.
.
salam uncle.
ReplyDeletekalau ni soalan spm alamatnya saya dah kene ulang amik paper ni. ngeee...~
Awak...
ReplyDeletekalau mulut awak berkata tidak
sedang hati awak membentak-bentak
elok juga awak diam-diam dulu
hingga fikiran awak tidak lagi buntu
kemudian awak duduk atau berbaring
awak tenangkan hati walaupun perlu mengiring
mungkin nanti awak mendapat jawapan
apa sebenarnya perlu awak lakukan...
tak usah gundah gulana.
ReplyDeletehidup bukan untuk merana.
lihat dunia dgn kacamata lutcahaya
update sekadar terdaya.
itulah kusangka satu rupanya dua
bila dah berdua mengeluh pula
bukan senang nak adil be
silap silap diri sendiri papa
Assalamualaikum...
ReplyDeletePakcik hendak menutup laman ini kah?
Jangan la pakcik..Kasihan la saya budak baru belajar ini...
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteSaya suka blog ni memberi ruang saya berpuisi di sini walaupun saya tak berapa pandai..:)
Bukanlah sebabnya blog tuan haji menyebabkan laptop saya 'hang'. Puncanya dari browser yang digunakan.
gadis bunga
ReplyDeletesalam kembali.
kenapa pulak kena mengulang ?
kakcik
ReplyDeletetelah ku cuba duduk diam-diam
tapi kesunyian ini amat membingitkan !
im
ReplyDeletesayang-sayang buah kepayang !
cik shinju
ReplyDeletewaalaikumsalam
rasanya tidak .. kalau tutup juga tak boleh nak rujuk balik bak kata ikan emas .. hehe
ust abd razak
ReplyDeletewaalaikumsalam
saya juga seperti ustaz .. kerana di sini saya dapat mengasah kreativiti dan melayan rasa dengan lebih bebas. dulu saya pernah cuba nak menyatukan dengan blog komensen tapi ternyata ia tidak serasi.
jadinya akan saya teruskan, walaupun audiennya tak seramai mana, tetapi sangat setia.
terima kasih atas sokongan, dorongan dan galakan ust.
yeh yeh tak tutup!
ReplyDeletedinas aldi
ReplyDeletesukenye die !