Tuesday, February 15, 2011

AWAK - 13

khas buat ..

ikan emas,
sayangsayangibu,
kakcik,
dinas aldi,
ku tak sempurna,
insan marhaen,
yus,
gadis bunga,


dan amnya buat ..

peminat2 gelap blog ini.


awak ...
sebenarnya hati kita berperang
antara cemuih dan sayang
kerana awak buat kita
macam mengejar bayang-bayang
tapi sudahnya kita mengaku kalah
kerana meninggalkan awak bukannya mudah
muka kita asyik berpaling di setiap langkah.

awak ...
zahir kita telah sampai ke daerah baru
tapi ingatan kita tetap tinggal di situ
tiada maknanya jasad kosong tanpa jiwa
lalu kita kembali semula ke daerah lama.

tapi ...
kita tak berani janji untuk berapa purnama
kerana siapalah kita
hendaklah menelah hari di muka
harap kita boleh bergembira
semasa masih lagi berada.

.

12 comments:

  1. salam uncle.

    kalau ni soalan spm alamatnya saya dah kene ulang amik paper ni. ngeee...~

    ReplyDelete
  2. Awak...

    kalau mulut awak berkata tidak
    sedang hati awak membentak-bentak
    elok juga awak diam-diam dulu
    hingga fikiran awak tidak lagi buntu

    kemudian awak duduk atau berbaring
    awak tenangkan hati walaupun perlu mengiring
    mungkin nanti awak mendapat jawapan
    apa sebenarnya perlu awak lakukan...

    ReplyDelete
  3. tak usah gundah gulana.
    hidup bukan untuk merana.
    lihat dunia dgn kacamata lutcahaya
    update sekadar terdaya.

    itulah kusangka satu rupanya dua
    bila dah berdua mengeluh pula
    bukan senang nak adil be
    silap silap diri sendiri papa

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Pakcik hendak menutup laman ini kah?
    Jangan la pakcik..Kasihan la saya budak baru belajar ini...

    ReplyDelete
  5. السلم عليكم ورحمة الله

    Saya suka blog ni memberi ruang saya berpuisi di sini walaupun saya tak berapa pandai..:)

    Bukanlah sebabnya blog tuan haji menyebabkan laptop saya 'hang'. Puncanya dari browser yang digunakan.

    ReplyDelete
  6. gadis bunga

    salam kembali.

    kenapa pulak kena mengulang ?

    ReplyDelete
  7. kakcik

    telah ku cuba duduk diam-diam
    tapi kesunyian ini amat membingitkan !

    ReplyDelete
  8. cik shinju

    waalaikumsalam

    rasanya tidak .. kalau tutup juga tak boleh nak rujuk balik bak kata ikan emas .. hehe

    ReplyDelete
  9. ust abd razak

    waalaikumsalam

    saya juga seperti ustaz .. kerana di sini saya dapat mengasah kreativiti dan melayan rasa dengan lebih bebas. dulu saya pernah cuba nak menyatukan dengan blog komensen tapi ternyata ia tidak serasi.

    jadinya akan saya teruskan, walaupun audiennya tak seramai mana, tetapi sangat setia.

    terima kasih atas sokongan, dorongan dan galakan ust.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !