Monday, July 18, 2011

BUKANNYA AKU TAK SEDAR.




bukannya ku tak sedar kail ku cuma panjang sejengkal,
tapi ku letih mengail di tempat yang dangkal.

bukannya ku tak sedar sampan ku kecil cuba menduga lautan dalam,
tapi ku tidak berdaya membina kapal besar yang tahan tenggelam,
dan kalau sampan ku dihempas gelombang pasti aku kan karam,
apa nak buat, itu  memang sudah suratan alam,
berani buat terimalah natijahnya tanpa rasa dendam.

bukannya ku tak sedar aku ini hanyalah ikan kecil di lautan yang luas,
tapi salahkah aku ingin berenang-renang dan menyelam sehingga puas ?

bukannya ku tak sedar,
tapi kedegilan ku memang tegar.


.

12 comments:

  1. separa sedar..

    sama la kita wahai pu e c..
    hamba pun perasan kuat
    tenaga sentiasa dikerah
    otak minda diasah dan diasak
    tak kenal makna saat atau hari..

    aduhai..
    nak ditinggal teramat sayang

    bukan ku tak sudi..

    ReplyDelete
  2. Aku sedar,
    Lautan itu tidak pernah mau menerima hadir ku.
    Aku menentang arus, mendaki gelombang.
    Pun tepian tidak kelihatan.
    Apa lah daya ku,
    Walau sentiasa di lambung ombak,
    aku masih setia meniti buih.
    Rindu adalah pasir pantai yang memedihkan mata.
    Aku sedar,
    Cinta sudah berlabuh kian lama.

    ReplyDelete
  3. Aku menyangka bahawa lautan ilmu,
    senang dilayari,
    rupanya payah..

    Aku hanyut perlahan,
    merenangi keluasan

    ReplyDelete
  4. Fitrah kejadian mungkin tidak dapat kita ubah, tapi Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia2, kan? :)

    ReplyDelete
  5. bukannya ku tak sedar
    namun pohon hati tetap ingin menjalar
    bukannya ku tak tahu bunga bahagia belum pasti menjelma
    namun tak sanggup jika tidak mencuba
    namun tanah yang dulunya subur ini
    kini gersang, sunyi dan sepi

    tiada lagi bicara mesra
    tiada lagi rindu membara
    tiada lagi hangat asmara
    tiada lagi bisikan cinta..

    ReplyDelete
  6. cik shinju

    cuma orang yang sedar sahaja yang boleh buat2 x sedar .. kan ?

    ReplyDelete
  7. ikan emas

    masing2 sibuk dengan haluan sendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup .. tapi yang penting ukhwah tetap di hati !

    ReplyDelete
  8. hani

    kalau cinta sudah berlabuh sekian lama
    siram dan bajalah ia senantiasa
    agar ia terus subur menenangkan jiwa.

    ReplyDelete
  9. ust abd razak

    jangan behenti berenang
    berenang dan terus berenang
    selagi nyawa di kandung badan
    ibarat penyu yang tidak pernah mengenal erti jemu menguak sayapnya
    akhirnya ia sampai jua ke seberang.

    ReplyDelete
  10. kakcik

    benar sekali tidak ada kejadian Allah yang sia-sia.
    cuma akal kita yang tidak sampai
    mencari rahsia di sebaliknya.

    ReplyDelete
  11. dinas aldi

    jangan biarkan tanah yang subur itu
    gersang sunyi dan sepi.

    perahu sudah di air
    dayung di tangan anda
    apa lagi ditunggu
    mulakan dayungan yang pertama !

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !