Wednesday, February 3, 2010

MACAM PANTUN DULU-DULU - 2

Kalau berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Kalau berguru kepalang ajar,
Bagai apam tak berapa nak jadi.

Pantun yang sebetulnya adalah:

Kalau berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Kalau berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Maksudnya.

Kalau belajar sesuatu ilmu itu, mesti sampai tamat. Tak kiralah belajar ilmu apa .. ilmu masak memasak ke, bersilat ke, mengaji Quran ke, memandu kereta ke .. belajar di sekolah apa tah lagi. Kalau kita belajar sekerat jalan, ia tidak akan membawa faedah kepada diri sendiri mahupun orang lain. Bahkan sebaliknya ia mungkin boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang lain.

29 comments:

  1. salam..

    heeeeeeeeee
    kenapa pilih apam lak?

    kalau nak belajar buat kuih muih ni
    kena selalu buat sampai mahir
    sekali buat jer tak berapa nak menjadi
    heeeeeeeee

    ReplyDelete
  2. apa kena mengena apamm dengan bunga kembang pula,

    salamm,

    ReplyDelete
  3. pernah dengan kuih apam johol?,
    ini kuih yang diiktiraf oleh kerajaan negeri sebagai kuih warisan...

    Terkelip api di atas gunung
    orang memerun atas balai
    maksud hati memeluk gunung
    apakan daya tangan tak sampai

    ke padang datar pergi berburu
    dapat rusa berbelang kaki
    apa susah-susah mencari guru
    mai ke sini saya ajari

    ( IE takkan jemu nak goda abg al-lavendari ni...

    ReplyDelete
  4. tunbegia
    awak ni sudah gaharu cendana pula ..!

    ReplyDelete
  5. ikan emas
    ni lah pertama kali dengar apam Johol. ada jual kat Giant Senawang tak ?

    Terkelip api di atas gunung
    orang memerun sedari bawah
    kalau lah awak terpeluk gunung
    saya lari tak cukup tanah !

    ReplyDelete
  6. Knock knock

    Salam tuan rumah. Saya dari KomenSen tadi. Datang jauh2 tak dapat minum pun sbb tuan rumah sana pergi rumah isteri muda gamaknya hehehe

    Sampai sini ingat nak rasa apam pulak ngeh3x

    ReplyDelete
  7. Manis-manis si buah ciku;
    Benih kacukan dari MARDI.
    Apam tak jadi,pun salahkan cikgu...
    Bukan salah ragi beli kat Siam itu hari?



    ...Apam beras guna tapai kan!!!
    :)

    ReplyDelete
  8. Kalau berburu ke padang datar
    Dapat rusa berbelang kaki
    Kalo Hamzah Abd Hamid yg ajar
    Memanglah apam tu takkan menjadi

    (ahaha...sowee awak saya gurau jer, jgn amik hati ok)

    ReplyDelete
  9. Abang Ngah,
    apam Johol kat Giant tak ada kot..kat Restoran Wadi Raudah, Rahang Square ada jual.
    ..kalau jumpa ambillah gambarnya sebelum dirasa..lepas tu buat entri.

    ReplyDelete
  10. ikan berenang di pinggir barat,
    hilang arah jauh tersasar,
    bagaimanalaa ilmu nak berkat?
    murid skarang banyak jenis kurang ajar.


    just to share.. mungkin x de kena mengena. hihi. wa men tulis je pantun ni..

    ReplyDelete
  11. Berburu ke padang datar
    Dapat rusa berbelang kaki
    Budak2 sekarang dah terlebih pintar
    Belum diajar dah pandai sendiri..

    p/s: pintar lagu lain..

    ReplyDelete
  12. tuan ,

    Kalau berguru kepalang ajar,
    Bagai apam tak berapa nak jadi,
    bukan salah guru yang mengajar,
    dah buat berkali-kali masih tak menjadi!

    ReplyDelete
  13. YB
    Buat kuih apam tak menjadi. Batat .. kata orang sini. Tijah tahulah tu. Jadi kita orang makan donut sama dengan burger dan pizza jer tadi.

    ReplyDelete
  14. xiiinam
    buat apam kena pakai ragi ke ? saya ingat buat tapai jer kena pakai ragi !

    ReplyDelete
  15. oranglidi
    pantun awak sungguh tajam sehingga mencucuk-cucuk kalbu !

    ReplyDelete
  16. nida
    kadang2 mereka lebih pandai dari cikgu. bukan budak2 jer, orang tua pun macam tu. contohnya kat surau .. ustaz mengajar kat atas, ada (tak ramai) yang bersembang kat bawah pokok sambil merokok.

    ReplyDelete
  17. liNda
    memang bukan salah guru, muridnya yang tak nak bersungguh2 belajar.

    ReplyDelete
  18. Apam beras...kan kena tapaikan nasi tu dulu...
    Ala...apam yang kecil-kecil tu...

    ReplyDelete
  19. xiiinam
    tak tahu macam mana rupanya apam beras tu.. boleh lukiskan tak ? atau kirim sampelnya pakai pos laju ! stop .. blog ni sudah lari konsep, dah jadi macam blog KomenSen pulak. Besok nampaknya kena hapdet n3 kat KomenSen lah kalau macam ni !

    ReplyDelete
  20. huhuhuhuhuhuhu


    anak punai anak merbah
    terbang turun buat sarang
    anak pandai happy mak abah
    anak x bijak dibiar sorang?


    huhuhuhu ~ kesimpulannya, selain tekad dlm
    diri bila belaja, org sekeliling juga kene
    mainkan peranan penting ...


    ((cilok lirik lagu saloma ...))


    >>__<<

    ReplyDelete
  21. ikan emas
    boleh beri direction nak pergi rahang square tak ? saya betul2 tak tahu kat mano toboh eh.

    ReplyDelete
  22. Frodi baggins

    anak punai anak merbah
    terbang turun buat sarang
    anak x pandai pun anak abah
    boleh dididik menjadi orang !

    ReplyDelete
  23. tuan, ini pantun cuba-cubaan..

    Kalau berburu ke padang datar,
    Dapat rusa berbelang kaki,
    Kalau berguru sepenuh diajar,
    Bagaikan kuah tumpah ke nasi.

    Kalau berburu ke padang datar,
    Dapat rusa berbelang kaki,
    Kalau bapa iman kental,
    Bolehkah iman itu diwarisi.

    ReplyDelete
  24. anNahlu
    pantun ini kena fikir lama2 sikit baru boelh balas .. tungguuuu !

    ReplyDelete
  25. hehe.. tajam plak.

    [stailo wo pantun annahlu]

    ReplyDelete
  26. anNahlu

    Dapat rusa berbelang kaki,
    Bela di kebun tidak berbangsal,
    Iman tidak boleh diwarisi,
    Anak Noh pun ditinggal kapal.

    ReplyDelete
  27. oranglidi
    pakcik punya jawab tak stailo ke ?

    ReplyDelete
  28. pakcik of kos la lagi stailooo! otai kott..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !