Thursday, February 4, 2010

PANTUN PERITBAHASA - 4.

Larik-larik si batang bayam
Lama-lama jadilah comel
Carik-carik si bulu ayam
Lama-lama ayam pun togel.

Peribahasa sebetulnya:

Carik-carik bulu ayam
Lama- lama bercantum juga.

Maksudnya:

Kalau adik beradik gaduh macam mana pun, suatu hari nanti mereka akan berbaik-baik semula. Insyaallah. Lepas tu orang luar jangan nak mengada-ngada cari fasal !

13 comments:

  1. anak itik jenuh bermandi-manda,
    larat pula si udang melompat di muara,
    mana mungkin adik beradik bermusuh lama-lama,
    ibarat cincang air tak putus jua.


    *dipetik dari peribahasa oranglidi: ibarat cincang air sampai kesudah tak terputus molekulnya.

    ada kena mengena x? maap wehh, wa x retii.

    ReplyDelete
  2. encik sedang marahkan sesuatu kah? hahahahaha =p

    tiada nasi diganti pulut,
    makan berulam pucuk pegaga,
    biar bertabur gigi di mulut,
    demi pertahan pertalian keluarga.

    semangat y baek ! hahahahahaha =p

    ReplyDelete
  3. oranglidi
    pantun awak tu memang kena mengena .. macam adik beradik. pakcik pun dah pantun tentang air dicincang tu beberapa hari lalu. awak terlepas kot. xpe pakcik kopipes khas utk awak ..


    Saturday, January 30, 2010

    PANTUN NASIHAT 2

    Jalan-jalan ke Bukit Putus
    Pergi berduo balik bertigo
    Air dicincang memang tak putus
    Tak ado kojo usah cari kojo !

    ReplyDelete
  4. akuduniaku

    tiada nasi diganti pulut,
    makan berulam pucuk pegaga,
    biar bertabur gigi di mulut,
    semangat awak pakcik suka !

    ReplyDelete
  5. pegi PD mandi-manda
    pastu pegi pula berkaraoke
    skrg nih kalo mak bapak dah takde
    adik bradik belum tentu ok

    ReplyDelete
  6. Larik-larik si batang bayam
    Lama-lama jadilah comel lote
    Secantik-cantik siekor ayam
    Berkokok bagai nak rak melerek ke tanah jue

    ana pun nak pantun juge..
    walaupun tak berape pahe..
    biye ape org nak kate..
    lame-lame jadi biase...
    (loghat apa ni? pening2)

    p.s.. maklumlah asal di sik, loghat(pelet)
    masih pekat tapi dah berpurnama bermukim di U-Thant KL campur pula multiloghat..dah tak tau sebutan loghat yang sesuai...loghat-loghat hee.hee.keh.keh.keh

    ReplyDelete
  7. finaz
    kekadang tu mak bapak masih ada pun sudah berantakan !

    ReplyDelete
  8. budak-budak memakam bayam
    buah labu dimakan si cina
    banyak ayam perkara ayam
    ibu ayam palinglah hina

    ikan kelisa memakam bayam
    anak teruna menyendap sidara
    kesian sungguh nasib si ayam
    daging diguna penyedap selera..

    ReplyDelete
  9. ikan emas

    ikan kelisa memakan bayam
    anak teruna mengendap sidara
    jangan khianat kepada si ayam
    dia pun makhluk tuhan juga.

    ReplyDelete
  10. saya suke makan bayam...
    tu sbb saya comel...
    siapa berani carik pembersih bulu ayam saya ah!!!!

    hehheheheh...tumpang lalu...rindu kat blog nie...

    ReplyDelete
  11. Ya Allah lamanya awak tak muncul. walau pun blog ini dah ada pengikutnya w'pun tak ramai mana, tapi ngan awak memang saya sentiasa teringat sebab di permulaan blog ini awaklah yang rajin singgah dan sudi berbalas pantun dgn saya! balik dari umrah nanti datanglah lagi berkunjung macam dulu2.

    ReplyDelete
  12. Indah dilihat unggas menerpa,
    Sambil mandi di Pulau Gaya,
    Kalau masa lapang sedepa,
    Jenguk dan ikutlah blog saya.

    www.setemiepigoni.blogspot.com

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !