Dari Seremban pergi Kemaman
Angin bertiup di celah bukit
Jauh perjalanan banyak pengalaman
Lama hidup banyak penyakit.
Gambar di atas menunjukkan pemandangan secara langsung melaui pintu belakang bilik beradu kami. Kelihatan pokok-pokok meliuk lintuk di tiup angin yang datang dari celah-celah Bukit Putus. (Sayang saya gagal upload videonya) Apabila melihat keindahan alam ini, kurang sikit rasanya sakit-sakit badan selepas selesai menjahit topi.
* videonya boleh di lihat di youtube.
pakcik, "angin" .. wa taip banyak sangat mende kuar. bagi url lah ... huhuhuhu
ReplyDelete((sakit belakang, mintaklah makcik nyer urutkan. keh3x))
sungguh nyaman pemandangan pokok meliuk,
ReplyDeletesalamm,
Salam Kanda AL..
ReplyDeletesayang Awang mendayung rakit
hendak mengambil Dayang di titi
banyak penyakit berbagai penyakit
moga tak dijangkit penyakit hati
hendak mengambil Dayang di titi
rumah ditinggal tidak berkunci
moga tak dijangkit penyakit hati
takut yang sayang menjadi benci
Salam ziarah. Suka baca pantun-pantun di sini. Kakcik pun ada. Kakcik apa khabar? Maaf tuan rumah
ReplyDeletefrodo
ReplyDeletet.kasih atas komen. untuk memudahkan semua melihatnya, pakcik dah link terus ke youtube berkenaan.. cuma klik sahaja !
tunbegia
ReplyDeletememang mendamaikan .. tapi bila atap pun diterbangkan sama oleh angin, itu dah jadi masalah.
kakcikseroja
ReplyDeletepokok bacang condong ke baruh
pokok kelapa diikat ikat
bagai menatang minyak yang penuh
nak benci juga, apa nak buat !
aida ali
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi berkunjung buat kali pertama. kakcik memang dah lama jadi lawan berpantun saya. kadang2 tu kami berdua je !
Dari Kemaman balik ke Seremban
ReplyDeleteSinggah sekojap di bandar Kuantan
Pengalaman banyak jadikan pengajaran
penyakit datang tanda peringatan .
Banyak sayur di jalan paroi
Bukit Putus dah makin lurus
banyak makan perut pun boroi
Mungkin sebab MakNgah yang urus...
...nyamannyaaaa
petang hari makan kuaci
ReplyDeletedihidang bersama siair bandung
sudah ditatang masih membenci
bukanlah salah ibu mengandung
Ikan Emas
ReplyDeleteBanyak sayur di jalan Paroi
Beli seberkas si sayur bayam
Makngah tak salah perut ku boroi
Diri pemalas hendak bersenam !
macam kereta tua, banyak rosaknya. tapi kalau selenggara sedari mula, masih boleh bertahan lama...
ReplyDeleteInsan Marhaen
ReplyDeletekereta tua memang boleh berjalan tapi tak boleh pecut !