Wednesday, February 17, 2010

PANTUN PERITBAHASA - 5

Kalau duduk rapat di hujung
Jangan di koyak kain sejadah
Kalau kaduk dah naik junjung
Janganlah awak cepat melatah.

Kaduk naik junjung merupakan satu peribahasa Melayu yang sarat dengan makna. Ia dijadikan satu peribahasa berdasarkan pengamatan nenek moyang kita terhadap kejadian alam ini selaras dengan falsafah "alam terkembang dijadikan guru" Apa maksudnya ? Saya telah terjumpa satu laman yang memberi penerangan yang cukup lengkap. Secara ringkasnya ia merujuk kepada satu perbuatan yang kalau dibiarkan lama kelamaan akan melampau batas. Untuk mengetahui maksud sepenuhnya anda cuma perlu klik di sini.

14 comments:

  1. jangan diusik sibesi karat
    menambah bisa di luka yang parah
    kalau kaduk semakin memberat
    kukuhkan junjung agar tak patah

    ReplyDelete
  2. kakcik
    cantik jawapan kakcik ..! tak ada luang untuk membalas balik.

    p.s. dah sehat ke ?

    ReplyDelete
  3. Salam Kanda AL..

    lukisan lama diagung-agung
    dibelek diusap sambil berdiri
    sakit ini masih kutanggung
    ada waktunya menangis sendiri

    dibelek diusap sambil berdiri
    orang melihat rasa berbulu
    ada waktunya menangis sendiri
    mungkin balasan dosa yang lalu

    ReplyDelete
  4. Kakcik
    salam kembali.

    dibelek diusap sambil berdiri
    pucuk paku di bawah kolong
    saya mendengar rasa simpati
    apakah boleh hendak ditolong.

    orang melihat rasa berbulu
    berjalan kaki entah ke mana
    bukan balasan dosa yang lalu
    membersih diri menuju ke sana.

    ReplyDelete
  5. Kalau kaduk dah naik junjung
    Janganlah awak cepat melatah
    Adat Melayu lupa yg hujung
    Rasa megah tiadakan sudah

    ReplyDelete
  6. Nida
    terima kasih daun keladi .. kalau boleh berpantunlah lagi !

    ReplyDelete
  7. salam....kaduk naik junjung...macam bagi betis nak paha ke.....entah la

    ReplyDelete
  8. bila orang dah dapat kuasa bila orang rasa di sanjung mula la nak lupa diri..

    ReplyDelete
  9. berakit ke muara mengikut arus
    bertaut kiambang di selang kayuhannya
    bersakit juara semestinya harus
    sebelum menjulang pingat keringatnya

    err... ader kaitan ta? hahahaha =p

    ReplyDelete
  10. Rindu sungguh pada si dia
    Padamu bonda ingatan tak lupus
    Wahai Pak Ngah penghidup budaya
    Penerus tradisi yang kian pupus

    (Pak Ngah Hamzah.. ni Nida dah puji ni, pssssst pasni belanja makan ek..hehe)

    ReplyDelete
  11. Nida

    rindu sungguh pada si dia
    kehilir kehulu terbit keringat
    walaupun nida jauh di sana
    puisi melayu masih diingat.

    p.s. kalau nak kena belanja, datanglah sini !

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !