bila lama tidak bersua
rindu kian bersarang di jiwa
di kala jaga di kala lena
wajah mu di mana-mana
kenangan bahagia datang menerpa.
ke mana hendak ku lepaskan rindu ini
yang menekan rasa
yang menyeksa raga
hinggakan nak makan pun tak ada selera.
tetapi bila diri mu sudah ku milikki
baru terasa sengsara
baru tersedar derita
baru berderai si air mata.
namun dalam sengsara ini
yang ku pilih sendiri ..
aku bahagia.
dalam derita ini
yang ku cari sendiri ..
aku rela.
dalam derai air mata ini
yang ku tempah sendiri ..
aku suka.
kerana sengsara, derita, dan air mata ini
mana boleh lawan sama ..
sambal belacan makngahnya !!!
*puisi kitar semula
* saya nak berehat sekejap dari buat entri baru.
hahhahahahahhahaaaaaaaaaaaaaaa...jahat taw..atacha bace penuh khusyuk mula2 taw...
ReplyDeletesambal belacan ku juga sedap..
ReplyDeletehhuuhu..saje nyibuk..
wah sambal belacan sedap tu...
ReplyDeleteatacha.
ReplyDeletetajuk pun dah lain macam. mana ada orang rindu sengsara ... selalunya orang rindukan bahagia, gembira ...dll
lalink7
bolehlah ekspot!
mamai
berderai air mata pun masih suka.
PakNgah,
ReplyDeleteMakNgah buat sambal guna lesung batu ke?
......mee maggi ku dah kembang !!!
En pemuisi,
ReplyDeleteni saya tunaikan janji ...
Kerja bahagian pentadbiran,jiwa sentiasa bergelodak
Telefon rosak,kita juga yang kena gasak
Kerja bahagian pentadbiran ,wajah kena sentiasa berseri
Bila Pilot lewat sikit, sedialah telinga terima dileteri
Kerja bahagian pentadbiran,penjaga visi dan misi
Kereta bos kena saman,
kita yang kena ayat dengan pak polisi
Kerja bahagian pentadbiran,kadang sedih kadang suka
Tetiba ada isteri staf meninggal dunia..tanggungjawab kita menyebar berita
p/s..maaf ingat nak sambung tapi tetiba no.4 tuu..ni benar punyer hal!!
ikan emas
ReplyDelete1. dia buat sambal pakai blender kot !
2. best lah awak punya seloka, memang ngam dengan seloka yang saya buat.