Sunday, April 25, 2010

PEMBAYANG DULU-DULU - 10


kalau ada sumur di ladang
boleh lah kita menumpang mandi
kalau rasa umur mu panjang
boleh lah gi merempit lagi !

23 comments:

  1. kalau ada sumur di ladang
    boleh lah kita menumpang mandi
    kalau diberi umur terpanjang
    merempit dgn takwa setiap hari


    hahahhahaha ~~~ x dapat wat pantun cun cam pakcik.
    terbaikkk arrr ...

    ReplyDelete
  2. Salam manis ...

    Saya sedia membeli pantun tuan .

    Sumur sentiasa ada di Ladang
    Badan berpeluh dinasihatkan mandi
    Apalah guna umur yang panjang
    kalau dah cacat tak berguna lagi !

    ReplyDelete
  3. Yang membuatkan kita marah, sbb umur memang panjang. Merempit sampai patah riuk, tapi menyusahkan orang.. menyusahkan mak bapak...

    ReplyDelete
  4. Nak jimat duit tu. Bila tukar tayar cuma perlu tukar tayar belakang hehehe

    ReplyDelete
  5. kesian pungguk merayu sang bulan
    bagai dapur kehabisan arang
    kalau rasa nak mati dijalan
    siapkan semuanya taklah susahkan orang

    ReplyDelete
  6. nak merempit boleh ajer kan, tapi pergi ke kawasan yang memang dikhususkan untuk aktiviti nie....

    danish suka benor tengok aksi rempit camni, susah hati ain uncle....

    jangan dia terpengaruh sudahhh....

    ReplyDelete
  7. Kalau Sudi Katakan Sudi
    Tidaklah Hamba ternanti nanti
    Nyawa melayang tidak dipeduli
    Janji dapat merempit puaskan hati

    ReplyDelete
  8. sayang-sayang buah kepayang
    ikan kelah mati di bendang
    merbok sakit tak lalu terbang

    sayangkan anak motor ditayang
    penat ditegah puas dilarang
    nak tunjuk skill nyawanya melayang

    ReplyDelete
  9. TUAN2 DAN PUAN2 SEKELIAN.

    SAYA AMAT LETIH SEKARANG NI. SAMPAI RUMAH TADI SUDAH HAMPIR JAM 7 PTG ... SELEPAS SEHARIAN BERADA DI KL. ESOK SAYA AKAN KELUAR STESYEN ARAH SELATAN UNTUK MENCARI SESUAP NASI. BALIK NANTI SAYA JAWAP KOMEN TUAN/PUAN SATU PERSATU.

    DALAM PADA ITU KEPADA PENGUNJUNG YANG BARU, SILAH TINGGAL KAN KOMEN ANDA. NANTI SAYA BALAS.

    TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  10. seboksebok dah kembali~ jemputlah komen ye!

    ReplyDelete
  11. Asal mat motor mesti mat rempit
    hendak merempit
    sesuka suka
    jalan besar
    jalan kecik
    kampung bandar semua ada
    ................................................

    Nak luahkan jugak, semalam masa sya balik lalu h/way utara selatan
    ada sekumpulan mat rempit motor RXZ
    penuh jalan buat aksi superman
    sakit hati, takut diorang terjatuh, nanti kita juga yang terkena susahnya

    kenapa diorang ni tak sayang nyawa?

    ReplyDelete
  12. doa "tunjukkan aku ke jalan yang lurus" sekarang bawak 2 maksud agaknya... jalan lurus, senang nak racing..?

    ReplyDelete
  13. FRODO BAGGINS

    PAKCIK KONFIUS .. MACAMANA RUPANYA YANG DIKATAKAN MEREMPTI DENGAN TAKWA ?

    ReplyDelete
  14. LINDA

    MEREKA YANG MEREMPIT ADALAH GOLONGAN YANG SANGAT POSITIF DALAM HIDUP .. SEBAB MEREKA YAKIN TIDAK AKAN MENEMUI EKSIDEN !

    ReplyDelete
  15. AZIEAZAH

    YANG SEDIHNYA LAGI MEREKA ADALAH DARI ANAK-ANAK BANGSA KITA !

    ReplyDelete
  16. YUNUS BADAWI

    MEMANG PATUT AWAK JADI LAWYER DULU. AWAK NAMPAK APA YANG ORANG LAIN TAK NAMPAK.

    ReplyDelete
  17. KAKCIKSEROJA

    SEBAGAIMANA KOMEN SAYA KEPADA TULISAN LINDA, MEREKA YANG MEREMPIT INI TIDAK MEMIKIRKAN KEMALANGAN ATAU KEMATIAN MENIMPA MEREKA. KALAU MEREKA FIKIR, TENTU MEREKA TAK AKAN BUAT BEGITU.

    ReplyDelete
  18. AIN

    KALAU MEREMPIT DI TEMPAT CENGGITU, TAK ADA 'THRILL'. KALAU TAK DI TUNJUKAJAR, BUDAK2 NANTI AKAN TERIKUT2. GUIDE DANISH TU !

    ReplyDelete
  19. EYENEE

    KALAU MEREKA NAK MATI LANTAKLAH ... TAPI INI MENYUSAHKAN ORANG ! DAH TU MEREMPIT DITEMPAT AWAM DAN WAKTU TENGAH MALAM, MASA ORANG NAK TIDUR. GRRRRRRR !

    ReplyDelete
  20. IKAN EMAS

    SAYA BERNASIB BAIK, ANAK BUJANG SAYA TAK TERLIBAT MASA DIA PAKAI MOTOR DULU. YANG KECIK SEKALI, BELUM TAHU LAGI.

    ReplyDelete
  21. SEBOKSEBOK

    LAMA BETUL AWAK TAK MUNCUL... TERIMA KASIH KERANA MASIH TERINGAT LAGI KAT LAMAN INI !

    ReplyDelete
  22. SAYANGSAYANGIBU

    MEREKA BUKAN TAK SAYANG NYAWA, TAPI MEREKA MERASA LAMBAT LAGI NAK MATI !

    ReplyDelete
  23. KUCINGORENGEMOK

    BETUL JUGA, SEBAB LITAR F1 KAT SEPANG TU, TAK LURUS.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !