Wednesday, April 14, 2010

PANTUN PERITBAHASA - 7



Dayung ke hilir sampai ke tanjung
Pukat jerut tangkap buaya
Bulat air kerana pembetung
Bulat perut kerana apa ?

17 comments:

  1. dari jauh nampak berkilat
    kiranya pauh di atas rakit
    biarlah perut kian membulat
    asalkan jauh dari penyakit

    ReplyDelete
  2. kakcikseroja

    kalau berakit ke kuala jelai
    atap diikat si daun bertam
    banyak penyakit mula mengintai
    inilah akibat malas bersenam !

    ReplyDelete
  3. baca iklan slimming kat dlm paper
    nak nampak kurus pakai baju hitam
    ahahaha lagi mau tanya bulat perut sebab apa??
    sebab ada kandungan 'bendasing'lah kat dalam..

    (hehe..:D)

    ReplyDelete
  4. Tuan berjalan sambil menyapa
    tersenyum gembira suka hati
    Oooo.. senang saja jawapannya
    sudah tentulah ada baby ..

    ReplyDelete
  5. LiNda

    Oleh kerana kes yang sedang kita bicarakan di sini adalah melibatkan saya, maka di sini sukacita saya ingin memberi pengesahan dan membuat pengakuan bahawa sesungguhnya tidak ada dan tidak mungkin ada baby di dalam perut saya.

    ReplyDelete
  6. bulat perut kerana makan
    bulat perut ada 'seseorang' (perempuan aje)
    bulat perut kerana keturunan
    bulat perut senang hati... ;p
    boleh gitu?

    ReplyDelete
  7. sayangsayangibu

    mula-mula nak ucapkan selamat bertandang ke laman " puisi orang tak reti ". laman ni selalunya sunyi berbanding laman " komensen ".

    ada lagi ..

    bulat perut kerana penyakit ketumbuhan ..!

    ReplyDelete
  8. Dayung ke hilir naik perahu,
    Perahu pula berisi tong
    Kalau al-lavendari nak tahu
    Bulat perut banyak untung, ma!!

    ReplyDelete
  9. Kak Nora

    saya kerja gomen .. nak untung apanya kak nora !

    ReplyDelete
  10. banyak perut perkara perut


    .....ok per !!
    nampak macam maintance
    macho loo


    ...perut bulat makngah yg bela

    ReplyDelete
  11. ikan emas

    awak saja jer nak menyedapkan hati saya .. sebenarnya makngah pun dah banyak kali komplen. niat hati nak eksesais tu ada, tapi tak pernah kesampaian. nantilah dah pencen betul2 sok !

    ReplyDelete
  12. oppps ! sorry ...

    okehlah... saya tune balik

    Makan ais-krim sambil menjilat
    di cuaca panas terasa enaknya
    Bukan bulat sebarang bulat
    Bulat perut tuan kerana masakkan MakNgah nya !

    ReplyDelete
  13. LiNda

    masakan tidak boleh di persalahkan, tapi selera saya ni orang kata tolak kayu dan batu je .. atau membujur lalu ..! lepas tu pemalas pula nak buat eksesais, jadi cukup syarat untuk bulat .. hehe

    ReplyDelete
  14. salam menyinggah... dalam banyak² pantun, saya paling suka yang ini :)

    ReplyDelete
  15. Pukat jerut tangkap buaya
    Perahu terbalik pulutnya punah
    Bulat perut kerana makanannya
    Pantang celik mulut mengunyah.

    Betul tak?

    ReplyDelete
  16. Abang Temuk

    Betul .. tak tahu lah kenapa selera saya ni tajam sokmo ! Tapi syukur kerana nikmat itu belum di tarik oleh Allah.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !