Thursday, December 31, 2009

PANTUN ANAK AYAM - 5

anaklah ayam turun sepuluh
matilah seekor tinggal sembilan
sudah terang lagi bersuluh
macam mana boleh tersesat jalan?

anaklah ayam turun sembilan
mati seekor tinggal lah lapan
baulu sedulang abang habiskan
kesian adik yang kena rotan.

anaklah ayam turunlah lapan
mati seekor tinggal lah tujuh
sudahlah lama hamba berjalan
masih tak jumpa tumpang berteduh.

Tuesday, December 29, 2009

AWAK 5

awak!
terima kasihlah kerana sudi datang bertandang
di kala hati kita tengah rembang
tapi awak janganlah pukul itu tabla terlalu kencang

kita bukan lagi bujang trang tang tang
tengok tari kita pun dah lintang pukang
hidung kita pun dah naik kembang
kena tarik nafas panjang-panjang
awak pun bukan tak tahu kita ni kan sakit pinggang
awak juga yang susah nanti kalau kita jatuh golek gelantang!

awak !
bila awak selalu datang jenguk kita
kita senyum sampai ke pangkal telinga
terima kasih lah sudi datang bermain-main di taman kita
tak sangka dalam brutal kesantunan rupanya awak pandai berjenaka
dan awak juga sebenarnya sangat perasa
pandai menelah dan membaca gejolak rasa
walau awak tak dengar pun suara kita.

lain kali senang-senang singgahlah ya !!!

Sunday, December 27, 2009

PEMBAYANG DULU-DULU - 8

dari mana hendak ke mana
tinggilah rumput si dari padi
mata terbuka ingatkan jaga
rupanya tidur setengah mati.

dari mana hendak ke mana
tinggilah rumput si dari padi
bibir tersenyum ingatkan suka
rupanya duduk menjeruk hati.

Monday, December 21, 2009

PEMBAYANG DULU-DULU - 7

Dari mana hendak ke mana
tinggilah rumput si dari padi
belajar tidaklah setinggi mana
angan nak jadi Perdana Menteri

Dari mana hendak ke mana
tinggilah rumput si dari padi
gaji tidaklah sebanyak mana
angan nak pakai kereta ferari

Dari mana hendak ke mana
tinggilah rumput si dari padi
alim tidaklah setakat mana
kalau ceramah ngalahkan kadi !

Monday, December 14, 2009

PEMBAYANG DULU-DULU - 6

dari mana hendak ke mana
tinggilah rumput si dari padi
suara tidaklah sesedap mana
bila menyanyi, ngalahkan Awi.

dari mana hendak ke mana
tinggilah rumput si dari padi
rupa tidaklah sehensem mana
bila bergambar, ngalahkan Mawi.

dari mana hendak ke mana
tinggilah rumput si dari padi
rambut tidaklah sebanyak mana
kalau berdandan, ngalahkah Siti.


Oscar Red Carpet 1

Sunday, December 13, 2009

K.I.N.I. D.A.K.U . K.E.M.B.A.L.I !


daku kembali ...
daku kembali ...


awat jadi lagu ni ?
sehari rasa setahun
sebulan rasa sekurun
apakah ini di kata rindu
siksanya rasa tidak bertemu

apakah ini di kata sayang
resah rasa bila berenggang
mulut tak sebut hati terkenang
duduk gelisah berdiri tak senang
mata macam terpandang-pandang

tak ingin daku begini lagi
cukuplah sekali menyiksa diri ...!


Terima kasih Finaz kerana mengingatkan dan setia menunggu.
Lepas ni jom kita pergi terjah blog ni pulak ! (sila klik disini)



.