Showing posts with label PANTUN ANAK AYAM. Show all posts
Showing posts with label PANTUN ANAK AYAM. Show all posts

Thursday, October 17, 2019

PANTUN ANAK AYAM 21: TETAP KU INGAT.



Anak ayam turun berempat,
Mati seekor di dalam sarang;
Jauh di mata tetap ku ingat, 
Walau pun tuan miliknya orang.

.

Saturday, January 20, 2018

PANTUN ANAK AYAM - 20 : SAMPAI PAKISTAN.


Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal sembilan;
Dari Seremban pergi Temerloh,
Macamana boleh sampai Pakistan.


Sunday, January 14, 2018

PANTUN ANAK AYAM - 19 : CANTIK NEGERI SENDIRI.



Anak ayam membuat sarang,
Sarang dibuat jerami padi;
Secantik-cantik negeri orang,
Cantik lagi negeri sendiri.


Saturday, September 28, 2013

PANTUN ANAK AYAM - 17.



Anaklah ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal sembilan;
Hajat hati hendak ke Ipoh,
Asyik berkhayal sampai Seremban.


Wednesday, June 12, 2013

PANTUN ANAK AYAM - 16.




Anaklah ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal sembilan;
Gulai rebung dah macam buluh,
Kerbau lapar pun takut nak makan.


 

Tuesday, April 16, 2013

PANTUN ANAK AYAM - 15.

 
anak ayam turunlah lima,
mati seekor tinggallah empat;
mana gerangan orang semua,
puas ku cari merata tempat.

anak ayam turunlah empat,
mati seekor tinggallah tiga;
puas ku cari merat tempat,
tiada seorang hamba bersua.

anak ayam turunlah tiga,
mati seekor tinggallah dua;
tiada seorang hamba bersua,
duduklah hamba memendam rasa.

anak ayam turunlah dua,
mati seekor tinggallah satu;
dari duduk memendam rasa,
baiklah hamba menutup pintu.





Saturday, October 27, 2012

PANTUN ANAK AYAM - 14.



anak ayam turunlah enam,
mati seekor tinggallah lima;
macamana hati tak rindu dendam,
belum puas bertentang mata.


.

Tuesday, October 16, 2012

PANTUN ANAK AYAM - 13.


anak ayam turunlah tujuh,
mati seekor tinggallah enam;
sayangkan tuan bertambah teguh,
tidak ku hairan ribut menggodam.

Wednesday, October 3, 2012

PANTUN ANAK AYAM - 12

Kali terakhir berpantun anak ayam adalah pada akhir tahun lalu di sini. Hari ini teringin nak sambung semula.
 
anak ayam turunlah lapan,
mati seekor tinggallah tujuh;
bila tersebut nama mu tuan,
ribut gelora ku rasa teduh.

Saturday, December 31, 2011

PANTUN ANAK AYAM - 11.


Nota Tangan: Memandangkan Pantun Anak Ayam - 10 mendapat sambutan lebih dari biasa, saya zahirkan Pantun Anak Ayam -11 pula untuk meneruskan kemeriahan  gelanggang. Terima kasih kepada Kakcik,  Fara, Dinas Aldi, Ust Abd Razak, Abang Temuk dan terutamanya Deru Ombak dengan Queenie yang kerap turun bermain dalam Pantun Anak Ayam - 10 yang lalu.



anaklah ayam turun sepuluh,
mati seekor tinggal sembilan;
hilang berganti patah dah tumbuh,
tuan sahaja hamba berkenan.

anaklah ayam turun sembilan,
mati seekor tinggallah lapan;
tuan ibarat bulan di awan,
hanya bertemu dalam khayalan.

.

.

Wednesday, December 21, 2011

PANTUN ANAK AYAM - 10.


anaklah ayam turunlah lima,
mati seekor tinggallah empat;
bukannya sayang bukannya suka,
makin dilupa makin teringat.


Thursday, January 14, 2010

PANTUN ANAK AYAM - 9 (KHAS BUAT MAMAMIN)


anak ayam turunlah lapan

mati lima tinggallah tiga
cutinya di lulus tigalah pekan
dah tiga purnama tak nampak muka.

anak ayam turunlah lima
mati seekor tinggallah empat
bukannya sayang bukannya cinta
hendak ku lupa tapi tak dapat.

kekekekekekekekekeke

Sunday, January 10, 2010

PANTUN ANAK AYAM - 8

anak ayam turun lah dua
mati seekor tinggal lah satu
nampak badan macam dah tua
tapi suaranya masih lah ayu.


anak ayam turun lah seekor
mati seekor habis lah semua
bela ayam semua dah lebor
Tak tahu apa nak bela apa.

Friday, January 8, 2010

PANTUN ANAK AYAM - 7

anak ayam turun lah empat
mati seekor tinggal lah tiga
masa tahlil matanya rapat
jamuan nak mula, dia pun jaga.

anak ayam turun lah tiga
mati seekor tinggal lah dua
tengah malam engkau berjaga
masa kuliah engkau menganga.

 Moodswings

Wednesday, January 6, 2010

PANTUN ANAK AYAM - 6

anak ayam turunlah tujuh
mati seekor tinggal lah enam
laki bini suka bergaduh
kenapa jiran mukanya lebam ?

anak ayam turunlah enam
mati seekor tinggal lah lima
pagi petang awak berendam
nampak kulit tak putih juga !

anak ayam turunlah lima
mati seekor tinggallah empat
jasanya tidaklah sebanyak mana
semua Datuk dia dah rembat !


Birdie

Thursday, December 31, 2009

PANTUN ANAK AYAM - 5

anaklah ayam turun sepuluh
matilah seekor tinggal sembilan
sudah terang lagi bersuluh
macam mana boleh tersesat jalan?

anaklah ayam turun sembilan
mati seekor tinggal lah lapan
baulu sedulang abang habiskan
kesian adik yang kena rotan.

anaklah ayam turunlah lapan
mati seekor tinggal lah tujuh
sudahlah lama hamba berjalan
masih tak jumpa tumpang berteduh.

Tuesday, October 13, 2009

PANTUN ANAKLAH AYAM - 4

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
melihat tuan hati ku jatuh
berat kaki hendak berjalan.

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
hilang berganti patah dah tumbuh
tuan sahaja hamba berkenan.

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
bagaimana hati tak hancur luluh
hamba bertepuk sebelah tangan.

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
kasih sayangku bertambah teguh
rela ku gadai nyawa dan badan.

Wednesday, October 7, 2009

PANTUN ANAKLAH AYAM - 3


anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
terlihat tuan darahku gemuruh
tak mahu pula alih pandangan.

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
datanglah tuan jangan bertangguh
rindu dendam tidak tertahan.

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
ibarat menunggu buah tak jatuh
begitulah siksa menunggu tuan.

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
melihat tuan duduk bersimpuh
hatiku jadi tidak keruan.

Tuesday, October 6, 2009

PANTUN ANAKLAH AYAM - 2

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
sungguh pun tuan acuh tak acuh
hati hamba tetap berkenan.

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
di dalam air badan berpeluh
siksa menanggung rindukan tuan.

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
tidak ku risau ribut tengkujuh
lagi ku risau tuan tak layan.

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
dalam tenang hati ku gaduh
mencari tuan mana gerangan.

Tuesday, September 29, 2009

PANTUN ANAKLAH AYAM - 1

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
sakit sungguh tertusuk buluh
sakitlah lagi rindukan tuan.

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
tuan ibarat minyak yang penuh
tidak setitik jatuh ke jalan.

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
tuan ibarat bulan yang penuh
leka memuja lupa nak makan.

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
sayangkan tuan dah jadi buluh
semasa rebung ku pandang ringan.