Tuesday, December 17, 2013

PANTUN SAJA-SAJA 47: TAK BOLEH HARAP.




Arak-arak kelapa puan,
Kalau tak puan menebang terap; 
Harap-harap kepada tuan,
Rupanya tuan tak boleh harap.

Monday, November 18, 2013

PANTUN SAJA-SAJA 46 : ULAM-ULAMAN.

.


Antara tupai, kucing dan lipas,
Yang mana satu makan di tangan;
Antara petai, jering dan kerdas,
Yang mana satu kegemaran tuan ?

~

Wednesday, November 6, 2013

MACAM PANTUN DULU-DULU - 16.



Kiri jalan kanan pun jalan,
Tengah-tengah pohon mengkudu;
Kiri jalan kanan pun jalan,
Bila nak sampai tempat di tuju ?



Friday, October 25, 2013

PEMBAYANG DULU-DULU 62: RASA MACAM PASEMBOR.


Anak rusa nani,
Baru tumbuh ekor;
Resepi mee kari,
Awatnya rasa pasembor ?


Saturday, October 19, 2013

PEMBAYANG DULU-DULU 61 - MAI SECAWAN.




Arak-arak kelapa puan,
Kalau tak puan kelapa bali;
Minum kopi bercawan-cawan,
Mata terbuntang sampai ke pagi.



Friday, October 11, 2013

MACAM PANTUN DULU-DULU - 15.


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Buah cempedak di luar pagar,
Kalau dijolok marah dek jiran.


Wednesday, October 9, 2013

MASA DULU-DULU !

Kau tahu tak masa dulu-dulu ?
Aku yang menyuap mu
Sebelum kau pandai mengais
Kini kau anggap ku bagai pengemis
Aku bukan lagi orang pertama dituju
Kerana dari ku tiada apa lagi yang kau mahu
Hibanya hati hanya Tuhan yang tahu.

Kau ingat tak masa dulu-dulu?
Masa kau belajar bertatih
Rebah mu sentiasa ku sambut
Aku yang merawat luka mu di lutut
Kini kau sudah pandai berlari
Diri ku tidak kau toleh lagi
Pedihnya hati ini tidak terperi.

Kau sedar tak masa dulu-dulu ?
Kau sering terkeliru
Antara rama-rama dan kupu-kupu
Lalu bertanya bertalu-talu
Aku tidak pernah jemu-jemu
Memberitahu mu yang mana satu
Kini kau sudah serba tahu
Aku hanya penyibuk masa senggang mu.

Sayap mu kini sudah berbulu penuh
Hajat mu terbang merentas lautan teduh
Mencari pelangi untuk direngkuh
Terbanglah kemana saja semau mu
Kejarlah dan dakaplah pelangi itu.

Aku?
Aku akan tetap di sini
Menjadi pemerhati yang tidak pernah alpa
Penyelamat yang yang sentiasa waspada
Dan penunggu yang teramat setia
Kerana aku pasti
Kau akan kembali
Kerana pelangi itu ada di sini.

Dan seandainya kau terluka
Datang lah kepada ku tanpa ragu
Aku pasti tetap akan merawat mu
Seperti masa dulu-dulu.




Nota Kaki:  Pernah tersiar di laman KomenSen dan diterbitkan semula di sini dengan sedikit ubahsuai.

.

MACAM PANTUN DULU-DULU - 14.

Kalau padi katakan padi
Jangan saya tertampi-tampi
Kalau padi katakana padi
Jangan pula di kata nasi.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga kucing berlari
Mana satu yang gigit orang ?

Dari mana hendak ke mana
Tinggi lah rumput si dari padi
Dari mana hendak ke mana
Asyik berlegar tak henti-henti.

PEMBAYANG DULU-DULU - 2.

buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
kalau awak malas belajar
bela lintah tanam cendawan.

ke teluk sudah ke Siam sudah
ke Mekah saja saya yang belum
ku peluk sudah ku cium sudah
rupanya nangka masaknya belum.

pucuk pauh delima batu
anak sembilang di tapak tangan
tuan jauh di negeri satu
hendak ku lawat tak tahu jalan.

Monday, October 7, 2013

MACAM PANTUN DULU-DULU - 13.


Buai laju-laju,
Sampai pokok sena;
Buai laju-laju,
Mahu pergi mana ?

Thursday, October 3, 2013

PEMBAYANG DULU-DULU 60: BUAI LAJU-LAJU.


Buai laju-laju,
Sampai pokok sena;
Apa dalam baju,
Itu pun mau tanya ?



Saturday, September 28, 2013

PANTUN ANAK AYAM - 17.



Anaklah ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal sembilan;
Hajat hati hendak ke Ipoh,
Asyik berkhayal sampai Seremban.


Wednesday, September 25, 2013

PEMBAYANG DULU-DULU 59: BILAKAH DAPAT BERJUMPA LAGI ?

.


Kalau berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Di kala jauh bertanya khabar,
Bilakah dapat berjumpa lagi ?



Sunday, September 22, 2013

PANTUN SAJA-SAJA 46: KALAU SUDAH SAYANG DI HATI.


.

Kalau sawah tidak bertepi,
Burung tempua tidak bersua;
Kalau sudah sayang di hati,
Adat budaya jangan di lupa.


Thursday, September 12, 2013

PANTUN SAJA-SAJA 45: DAPAT MENANTU.




Menjerat Denak di pagi hari,
Dapat Kelah sarat perahu;
Gembira si anak mendapat isteri,
Bahagia si ayah dapat menantu.



Tuesday, August 20, 2013

PANTUN SAJA-SAJA 44: KENAPA MENJAUH ?


pulang senja dari merantau,
bawa seraga pala dan pauh;
hilang di mata ramai yang risau
bila bersua kenapa menjauh ?



Sunday, August 11, 2013

PEMBAYANG DULU-DULU 58: NAIK LIMA DALAM SEHARI.





Arak arak kelapa puan,
Kalau tak puan kelapa bali;
Turun lima dalam sebulan
Naik lima dalam sehari.



Wednesday, August 7, 2013

MENJELANG LEBARAN.




pada saat ini
semuanya ada
tapi aku terasa kekosongan
semuanya banyak
tapi aku terasa kekurangan.

dan aku sedar
kekosongan itu tidak mungkin terisi 
kekurangan itu tidak mungkin terlengkapi
sampai bila-bila.

beginilah aku
saban tahun menjelang lebaran
berperang dengan perasaan.

sejak bonda pergi
tiada lagi gembira di hati
setiap menjelang Aidilfitri.

semoga roh mu aman di sana.



Wednesday, July 31, 2013

PANTUN SAJA-SAJA 43: MAAF ZAHIR BATIN.


Thursday, July 18, 2013

PANTUN SAJA-SAJA 42 : BULAT AIR.



Tanam gambir di tepi gunung,
Limau purut tidak berikat;
Bulat air kerana pembentung,
Bulat perut makan tak ingat.



Monday, July 1, 2013

DUA TIGA KUCING BERLARI - 3




Due tige kucing berlari,
Mane nak same si kucing belang;
Patutlah pung laki mu lari,
Tembikai sebiji mu makang sorang.


Thursday, June 20, 2013

PEMBAYANG DULU-DULU 57 : MENGARAK KELAPA PUAN.



Arak-arak kelapa puan,
Kalau tak puan kelapa bali;
Letih ku arak  kelapa puan,
Bila agaknya mahu berhenti ?





Tuesday, June 18, 2013

PANTUN SAJA-SAJA 41 : TEPAT DAN SIPI.


Menjaring sepat di dalam paya,
Jalan berlopak kena berusung;
Kalau tak tepat sipi pun tak apa,
Jangan tidak mencuba langsung.




Wednesday, June 12, 2013

PANTUN ANAK AYAM - 16.




Anaklah ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal sembilan;
Gulai rebung dah macam buluh,
Kerbau lapar pun takut nak makan.


 

Monday, June 10, 2013

PEMBAYANG DULU-DULU 56: KALAU ROBOH RUMAH MERTUA.




Kalau roboh kota Melaka.
Papan di Jawa saya dirikan;
Kalau runtuh rumah mertua,
Duit menantu tolong dulukan.





Sunday, June 2, 2013

PANTUN SAJA-SAJA 40 : DALAM TELUR LAGI KU NANTI ..





Bunga Melur di tepi titi,
Disunting dara bawa ke batas;
Dalam telur lagi ku nanti,
Inikan pula sudah menetas.



Tuesday, May 28, 2013

PANTUN SAJA-SAJA 39: GADUH PUN BUKAN SELESAI MASALAH.




Tuesday, May 21, 2013

PEMBAYANG DULU-DULU 55: KUNTUMKAN SENYUM !


Sunday, May 19, 2013

AWAK 19.


awak !

bukan kita tak suka kat awak,
bukan kita tak nak kawan dengan awak,
tapi pilihan kita tidak banyak,
samada dia atau awak.

awak !

kita terpaksa pilih dia dari awak,
walaupun kita tahu dia tu bukanlah baik sangat,
tapi kita dah lama kawan dengan dia,
walaupun kadang-kadang dia jahat,
namun  kita tahu  dia memang boleh diharap,
lagi pun mana ada manusia yang sempurna.
  
awak !
awak tak bolehlah kecik hati dengan kita,
dan tak ada sebab pun awak nak kecik hati dengan kita,
bukannya kita tak percaya dengan janji awak,
tapi cuma kita tak selesa dengan perangai awak,
suka sangat mengata-ngata di belakang dia,
dahlah tu awak suka sangat memaksa-maksa,
awak pun bukannya tak tahu,
sayang mana boleh dipaksa-paksa.


Wednesday, May 15, 2013

PANTUN SAJA-SAJA 38: EMAS DAN WANG.



Ikan gelama kepala tiada,
Di beli dari pasar Senawang;
Tuntutan ugama makin di lupa,
Asyik mencari emas dan wang.




Sunday, May 12, 2013

PEMBAYANG DULU-DULU 54 : KALAU SAYANG SUDAH DI HATI.


Saturday, May 4, 2013

PEMBAYANG DULU-DULU 53: LEBIH BAIK JUAL UBAT.





ke teluk sudah ke Siam sudah,
ke Mekah saja saya yang belum;
berblog sudah berfesbuk sudah,
hasil masuk banyaknya belum.

tinggi-tinggi si matahari,
anak kerbau mati tertambat;
kalau ku tahu akan begini,
baik aku menjual ubat.


Tuesday, April 30, 2013

PANTUN SAJA-SAJA 37: TIDAK TERCALON.


Tasik Banding riak beralun,
anak buaya berenang ke tepi,
hendak bertanding tidak tercalon
berkempenlah dia seorang diri.

Wednesday, April 24, 2013

AWAK 18.

 
 
awak !

selama ini kita serasi bersama,
ke mana-mana sahaja kita pasti berdua,
ke timur ke barat selatan atau utara,
awak kata apa pun terjadi awak tetap dengan kita,
mendengarnya hati kita senang tidak terkira,
serasa dunia ini kita yang punya.

awak !!

kenapa  pulak tiba-tiba perasaan awak bertukar benci,
apa yang kita buat atau kata semuanya tidak bererti,
macamlah tak ada apa yang baik pada kita selama ini,
kemanakah janji awak dulu yang ingin sehidup semati ?
takkanlah kerana hanya kita berlainan parti,
sanggup awak buat kita cenggini.

Tuesday, April 16, 2013

PANTUN ANAK AYAM - 15.

 
anak ayam turunlah lima,
mati seekor tinggallah empat;
mana gerangan orang semua,
puas ku cari merata tempat.

anak ayam turunlah empat,
mati seekor tinggallah tiga;
puas ku cari merat tempat,
tiada seorang hamba bersua.

anak ayam turunlah tiga,
mati seekor tinggallah dua;
tiada seorang hamba bersua,
duduklah hamba memendam rasa.

anak ayam turunlah dua,
mati seekor tinggallah satu;
dari duduk memendam rasa,
baiklah hamba menutup pintu.





Friday, April 12, 2013

PANTUN SAJA-SAJA 36: MUSIM ~ MENGUNDI ~ DATANG ~ LAGI.



musim mengundi dah datang lagi,
ramai calon ingin dipilih;
tapi tiada tambahan kerusi,
jika gagal usah bersedih.

ramai rasa diri terbaik,
jangan marah jikalau kalah;
pengundi sekarang semuanya cerdik,
terima sahaja takdirnya Allah.

pada yang menang haruslah ingat,
amanah pengundi perlu dijunjung;
jikalau tuan berlaku khianat,
siksa di sana tidak tertanggung.


Tuesday, April 9, 2013

PANTUN SAJA-SAJA 35: SIAPA YANG UNTUNG ?



anak napuh di dalam paya,
anak puyuh di dalam raga;
kita bergaduh rugi sehasta,
depa bergaduh untung sedepa.
 
anak sepat di bawah bangsal,
anak pacat di bawah tangga;
kita berpakat untung sejengkal,
depa berpakat untung sedepa.


.

Monday, March 25, 2013

PANTUN ENAM KERAT 4: SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA.

 

buah selasih haluan perahu,
untuk memikat bapak buaya,
memakan lembu di tengah sawah,
alangkah sedih rasa hati ku,
semakin dekat pilihanraya,
semakin bangsaku berpecah belah.

Tuesday, March 12, 2013

PEMBAYANG DULU-DULU 52: KALAU TAK SUDI JADIKAN ISTERI.


Monday, February 25, 2013

PEMBAYANG DULU-DULU 51: BERSIN TAK JADI.



Gambar hiasan hasil carian Google.


arak-arak kelapa puan,
kalau tak puan kelapa bali;
hampa berkasih separuh jalan,
ibarat bersin tak mahu jadi.

Wednesday, February 20, 2013

PANTUN SAJA-SAJA 34: BENCI JANGAN MERATA, SAYANG JANGAN BERTOMPOK.


 kalau pergi ke padang kota,
belikan abang berangan sepokok;
kalau benci jangan merata,
kalau sayang jangan bertompok.


Thursday, February 7, 2013

PANTUN SAJA-SAJA 33: LEBIH SEDAP TIDUR DI RUMAH.




bulan gerhana membuat bantal,
siap sebiji  bawa ke sawah;
seronok mana pun duduk hospital, 
sedaplah lagi tidur di rumah.



Wednesday, January 16, 2013

PANTUN SAJA-SAJA 32 - BARU SEMINGGU RASA BERTAHUN.




Apa ditunggu kelapa berbuah,
Ambillah sigai di balik daun;
Baru seminggu kita berpisah,
Rindunya bagai sudah bertahun.