Tidak dibenarkan menerbitkan semula sebarang karya di sini tanpa keizinan pemilik blog.
Tuesday, January 31, 2017
PANTUN SAJA-SAJA # 84: KALAU MATA TAK NGANTUK.
Anak kundur memanjat pokok,
Anak kera makan kelapa;
Nak tidur mata tak ngantuk.
Kalau jaga nak buat apa?
Friday, January 20, 2017
PANTUSN SAJA-SAJA # 83 : LUPA NAK TEKAN SUIS.
Jalan kaki ke pekan Pedas,
Jatuh mendada kaki terkuis;
Masak nasi hasilnya beras,
Rupanya lupa nak tekan suis.
Saturday, January 14, 2017
PERANGAI ORANG KITA.
perangai orang kita
barang nak berjenama
harga belakang kira
janji sedap di mata.
perangai orang kita
gila fesyen semasa
beratur berjela-jela
penat tidak terasa.
perangai orang kita
cukai tidak suka
semua nak percuma
negara bankrap, peduli apa.
Tuesday, January 10, 2017
PANTUN SAJA-SAJA # 82: SAYANG SERAWAK.
Sayang Serawak sungainya sempit,
Perahu ku tambang tiada kemudi;
Hendak ku bawak tak cukup duit,
Tinggallah sayang seorang diri.
Perahu ku tambang tiada kemudi,
Rumpun perah tempat pautan;
Tinggallah sayang seorang diri,
Pandai kaulah mencari makan.
Tuesday, January 3, 2017
PANTUN SAJA-SAJA # 81: MEMANG TAK ADA KERJA.
Anak siamang bermuram durja,
Buah luruh di cucur atap;
Dia memang tak ada kerja,
Belum disuruh sudah pun siap.
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)