Tuesday, January 10, 2017

PANTUN SAJA-SAJA # 82: SAYANG SERAWAK.


Sayang Serawak sungainya sempit,
Perahu ku tambang tiada kemudi;
Hendak ku bawak tak cukup duit,
Tinggallah sayang seorang diri.

Perahu ku tambang tiada kemudi,
Rumpun perah tempat pautan;
Tinggallah sayang seorang diri,
Pandai kaulah mencari makan.



4 comments:

  1. Sayang Sarawak sungainya sempit
    Naik sampan berpaut tali
    Aku ditinggal tidak berduit
    Hendak merayu tiada yang sudi

    Naik sampan berpaut tali
    Menggigil-gigil berlaga gigi
    Hendak merayu tiada yang sudi
    Duit BR1M pun tak dapat lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fasal duit BRIM tu, mmg lawaklah kakcik .. hahaha.

      Delete
  2. Sayang Sarawak sungainya lebar
    Naik sampan berpaut tali
    Aku ditinggal penuh sabar
    Cepatlah tuan datang kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik sampan berpaut tali,
      Layar lama sampainya senja;
      Tak mungkin hamba dapat kembali,
      Tambangnya hanya untuk sehala.

      Delete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !