Monday, August 31, 2009

AWAK - 1


awak!
tak aci lah awak buat kita macam ni
awak datang meniup nafiri
dan kita pun mula lah menari-nari
tiba-tiba ...
awak berhenti, lari dan bersembunyi
kita pun tertanya-tertanya ... tercari-cari.

awakkkk ...!
tak aci lah awak buat kita macam ni
awak datang dan pergi
sesuka hati
awak buat hati kita ni
macam rumah sendiri
... sakit sungguh hati ini!

awak!
suatu hari nanti
kalau awak datang lagi
meniup nafiri
dan kita pula tidak mahu lagi menari ...
awak jangan kecil hati !


Saturday, August 29, 2009

PINGGAN TAK RETAK -1


pinggan tak retak
nasi tak dingin
hidung penuh bedak
rumah tak der cermin.

pinggan tak retak
nasi tak dingin
muka macam budak
perangai macam jin.

pinggan tak retak
nasi tak dingin
bapa kuat borak
anak kuat main.

pinggan tak retak
nasi tak dingin
fikir pakai otak
tidur pakai kain

pinggan tak retak
nasi tak dingin
kalau malas gerak
tidur atas simin.

BIJAK ... BIJAK !

(Di pindahkah dari blog "KomenSen" untuk berkampung di sini)

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Takutkan nyamuk masuk ke rumah
Pintu ditutup tingkap terbuka.

Ke teluk sudah ke Siam sudah
Ke Mekah sahaja saya yang belum
Masuk internet semuanya terdedah
Penatlah sahaja menapis filem.

TAHU KE TAK TAHU?

(Di pindahkah dari blog "KomenSen" untuk berkampung di sini)

Tahu ke tak tahu?
Kita selalu tak tahu
sebab tak nak ambil tahu.

Tahu ke tak tahu?
Yang kita kena selalu ambil tahu
untuk dapat tahu.

Tahu ke tak tahu?
Kadang-kadang kita masih tak dapat tahu
walau dah cuba ambil tahu
apalagi kalau hanya menunggu diberitahu.

Tahu ke tak tahu?
Orang tahu
yang kita tak tahu
sebab tak cuba ambil tahu.

Tahu ke tak tahu?
Untuk dapat tahu
kita kena selalu ambil tahu
bukan hanya menunggu untuk diberitahu.

SEDANG DI BANGUNKAN ...

Nama blog dah dapat (booking tajuk dulu) ... isi sedang giat di kumpul. Sebagai pembuka kata, saya mulai dengan serangkap pantun yang biasa saya gunakan untuk berkenal-kenalan.

Tanam padi di hujung tanjung
Pasang pukat tangkap haruan
Salah kah pipi hidung tak mancung
Hati berhajat hendak berkawan!