Kalau padi katakan padi
Jangan saya tertampi-tampi
Kalau padi katakana padi
Jangan pula di kata nasi.
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga kucing berlari
Mana satu yang gigit orang ?
Dari mana hendak ke mana
Tinggi lah rumput si dari padi
Dari mana hendak ke mana
Asyik berlegar tak henti-henti.
kalau padi biarlah padi..
ReplyDeletejangan beras pula dibuang
kalau nasi biar lah nasi
jangan bingung tercengang-cengang
kekeke..
dua tiga kucing berlari..
meow meow si comel datang..
geget orang? xleh jadi
dah duduk dalam kandang..
lalalal
dari mana hendak kemana
hendak kesinilah, kemana lagi..
berlegar-legar nak lepak sama
baca pantun senyum suka hati..
sekian..
Salam. Saya bab pantun -memantun, puisi memuisi ni tak berapa pandai. Tiada bakat.
ReplyDeletemamamin
ReplyDeletepohon selasih berbunga merah
terima kasih kerana singgah.
abu muaz
ReplyDeleteblog ini di bangun khas untuk orang2 yang tak berapa reti pantun dan puisi seperti saya. itu sebab saya namakan "puisi orang tak reti". buatlah sajak kabur asal sendiri faham. apa2 pun terima kasih kerana sudi mampir. itu pun sudah besar ertinya bagi saya yang tak berapa pandai berpuisi.
* tapi kan saya rasa abu muaz ni sebenarnya "seperti harimau menyembunyikan kuku"
hahahaah boleh keras perut baca pantun nie
ReplyDeletemamai
ReplyDeleteselalu ke awak kena penyakit keras perut ni ?
Suka pantun dua kerat. Pecah kaca pecah gelas. Kalau dah baca harap balas. He he he
ReplyDeletepantun zaman skrg ada tak??
ReplyDeletealvin.
ReplyDeletengapa tak tanya pantun masa depan?
saya terharu awak sudi mejadi followers saya. terima kasih banyak2.
berikut adalah pantun zaman sekarang yang sangat susah saya nak karang hanya untuk awak seorang.
anak laksamana pergi seberang
memasang tajur menangkap parang
nona-nona zaman sekarang
tak boleh di tegur tak boleh di larang.
puas hati ?
sorong papan tarik papan
ReplyDeletebuah keranji atas perahu
kenapa nak main sorong2 papan
lebih baik naik perahu...
atacha
ReplyDeletesorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
buat-buat tidak perasan
bukan ke awak yang ajar dulu ?
p.s. saya ada ngumpat awak dalam entri saya "mengapa saya tak buat rumah terbuka" dalam blog KomenSen !
bengkak tengkuk di kata benguk
ReplyDeletekatak puru mandi di lombong
akak datang terjenguk-jenguk
tak jenguk bukan maknanya sombong :)
ini jenis pantun yang memang tak boleh pakai... pembayang tu tak ada kaitan langsung antara baris pertama dengan baris kedua.. janji ada bunyi je... hehehe...
pokli
ReplyDeletepecah kaca pecah gelas
tuan tiba ku sambut ikhlas.
kakcik
"self-criticism" nampak !
janji ada bunyi, tapi tak dengar pun bunyinya ... hehe.