Saturday, April 10, 2010

AWAK 8



awak ...
kenapa berbicara begitu?
bukankah daerah ini awak yang meneroka dahulu?
kita hanya mengintai di balik pintu.

kalau ada yang patut pergi
kitalah yang gatal-gatal menyorong pipi
bukannya awak yang sudah berakar tunjang
tidak seperti kita hanya melukut di tepi gantang
datang kita tiada yang mengundang
pergi kita tiada yang akan memandang.

4 comments:

  1. Awak..
    kita tak tahu
    apa sebenarnya di hati awak
    tapi kita rasa
    awak nak melangkah pergi
    sedangkan kita
    masih nak bertenggek kat sini
    mengintai-ngintai
    mencari-cari
    sesuatu yang membuatkan
    hari kita rasa terisi

    Awak..
    biarlah tak ada orang sudi ke sini
    tapi kita akan pastikan
    awak tidak bersendiri
    kecualilah kita tak berdaya lagi..

    ReplyDelete
  2. Awak,
    jangan berkata begitu
    kita bukan sekadar memandang
    sering juga tumpang bertandang
    melepas lelah menepis kecundang
    hati gundah terhibur mengundang

    awak,
    kita mengintai tanda suka
    kita menumpang tanda gembira
    kita melawat bertnya berita
    jangan merajuk jangan berduka
    kita tetap setia bersama...

    ReplyDelete
  3. kakcikseroja

    terima kasih atas komitmen untuk memberi sokongan. saya akan teruskan !

    ReplyDelete
  4. ikan emas

    terima kasih atas sokongan yang diberikan dan janji untuk setia bersama. ewah ewah !

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !