pergi ke kelang membeli guni
singgah di kapar menghilang lelah
apalah malang negara ku ini
harapkan pagar, pagar hisap dadah !
singgah di kapar menghilang lelah
beli senangin simpan di raga
sudah di larang sudah di tegah
kenapa teringin menghisap juga ?
.
pokok bunga disiram baja
ReplyDeletepokok beringin dibiar rebah
kerana BOLEH apa sahaja
pagar pun teringin menghisap dadah
buah yang buruk usah dibawa
tinggalkan untuk menjadi baja
melarang menegah sambil ketawa
manakan pagar tidak teruja
kakcikseroja
ReplyDeletepergi menebas rumput di hutan
sempat mengutip si pucuk paku
sesak nafas bila di fikirkan
untung nasib cucu cicit ku.
Kanda AL..
ReplyDeletemenebas belukar untuk laluan
penatnya badan tidak tertahan
diberi didikan dibekal panduan
selebihnya berdoalah kepada Tuhan
harapkan tin
ReplyDeletetin makan biskut
kakcikseroja
ReplyDeletebetul lah tu .. selepas berikhtiar, kita berdoa dan bertawakkal.
Finaz
ReplyDeleteharapkan bisukut ... sekejap ada sekejap tak ada !
Finaz
ReplyDeletesaya tergelak atas kesilapan saya mengeja biskut ! biarlah ..
adooiii, ni kes harap pagar .. pagar makan anai2! haishhh ... ekekkekeke
ReplyDeletesudah dilarang sudah dilarang
dadah jugak di kejar orang
Frodo Baggins
ReplyDeletepandai2lah memilih kawan ..! kawan ketawa senang di dapat, kawan menangis sukar di cari.
Jangan merempit wahai Mat Kutu
ReplyDeletelagi di tegah, bersifat kurang asam
wahai anak-anak bangsaku
ingatlah Dadah itu Haram !
LiNda
ReplyDeleteKemana lagi hendak ke tuju
Jikalau sangkar sudah di ubah
Kemana lagi hendak mengadu
Jikalau pagar dah hisap dadah !
pusat serenti ada di tampin
ReplyDeletetempat penagih tak insaf diri
letih dah buat berbagai kempen
pagar dan dadah dah sama sebati
PDRM dan AADK lain agensi
walau kerjanya asik operasi
petaka dadah tetap digeruni
anak bunuh keluarga sendiri
apalah malang nasib bangsaku ini !!!
ikan emas
ReplyDeleteyang si terunanya terlibat dengan dadah, merempit dan meragut. yang sidaranya jadi keldai dadah atau lari ikut orang ! harap2 golongan ini tidak ramai, kalau tidak kepada siapakah hendak bergantung harap ?