Saturday, May 1, 2010

SUDAH GAHARU CENDANA PULA - 1.



sudah gaharu, cendana pula
sudah bercucu, masih bergaya.

sudah gaharu, cendana pula
boleh beritahu, siapa orangnya.

sudah gaharu, cendana pula
sudah tahu, bertanya pula.

Perhatian: Rangkap ketiga adalah pantun yang 'original'. Rangkap pertama dan kedua tu pantun syok sendiri. Kalau teringin nak sambung, sambunglah, tapi jangan diubah pembayangnya pulak !

27 comments:

  1. Sudah gaharu, cendana pula
    Kalau mahu, boleh saja

    ReplyDelete
  2. Sudah Gaharu , Cendana Pula
    Kurap DiGaru , Amboi Sedapnya

    ReplyDelete
  3. Salam Kanda AL.. (tak perlu terbitkan komen ini) huruf A kat perkataan CENDAN tu dah hilang ke atau sengaja dihilangkan?? :)

    ReplyDelete
  4. YB

    SUDAH GAHARU, CENDANA PULA
    APAKH ITU, YANG BOLEH SAJA ?

    ReplyDelete
  5. EYE_NEE

    SUDAH GAHARU, CENDANA PULA
    PANTUN MU ITU, AMAT KELAKAUNYA !

    ReplyDelete
  6. KAKCIKSEROJA

    SALAM KEMBALI. SAYA TERBITKAN JUGA KOMEN KAKCIK ATAS BEBERAPA SEBAB YANG SAYA RASA MUNASABAH:

    1. NAK TUNJUK PENGHARGAAN KEPADA KAKCIK YANG BERI TEGURAN.

    2. SAYA SEDIA MENERIMA TEGURAN.

    3. SAYA SEDIA MEMPERBETULKAN KESILAPAN.

    P/S SAYA DAN BETULKAN.

    TERIMA KASIH. TAPI MANA PANTUNNYA?

    ReplyDelete
  7. yg hari tu abg suruh saya 'dulu' tu wakakaka

    Harap makngah tak baca komen yg ini ngeee

    ReplyDelete
  8. Kanda AL..

    kakcik teringat pantun yang disebutkan oleh cikgu masa kakcik di sekolah rendah dulu. Bunyinya (ada bunyi ke?) begini :

    SUDAH GAHARU CENDANA PULA
    BERAS BARU DALAM CUPAK
    SUDAH TAHU BERTANYA PULA
    ALAMAT MULUT NAK KENA SEPAK!

    hehehe..

    Ini pula pantun dari kakcik:

    SUDAH GAHARU CENDANA PULA
    BAKAR KEMENYAN DI DALAM DUPA
    SUDAH TAHU BERTANYA PULA
    TANDANYA KITA YANG MUDAH LUPA..

    ReplyDelete
  9. YB

    MAKNGAH NYA BACA PUN TAK ADA HAL PUNYA. DIA TAHU HATI SUAMI DIA MACAM MANA. ! NAMPAKANYA AWAK SERIUS BETUL NAK IKUT JEJAK LANGKAH BUNG MOKHTAR .. !

    ReplyDelete
  10. KAKCIKSEROJA

    PANTUN CIKGU TU DAH JADI PANTUN EMPAT KERAT LAH PULAK ! TAPI APA YANG CIKGU TU CAKAP MEMANG BETUL.

    AGAKNYA MEREKA YANG SUDAH TAHU TAPI MASIH BERTANYA TU MUNGKIN BERTUJUAN UNTUK BERAMAH MESRA ATAU NAK DAPATKAN KEPASTIAN/PENGUKUHAN !

    ReplyDelete
  11. errppp comelnya cucu
    siapa punya

    hehehee...sudah gerahu cendana pula sya ;p

    ReplyDelete
  12. SAYANGSAYANGIBU

    BUDAK ITU ANAK SAYA PUNYA ANAK !

    ReplyDelete
  13. Salam Bang Hamzah

    Sudah gaharu cendana pula.
    Malang sekali aku tak kenal cendana...



    huhuhuhu..

    ReplyDelete
  14. bung mukhtar ok lagi jgn datuk k hehehe

    ReplyDelete
  15. AZIEAZAH

    KALAU NAK TENGOK RUPA CENDANA DAN SERBA SEDIKIT MENGENAINYA, BOLEH LIHAT DISINI:

    http://id.wikipedia.org/wiki/Cendana

    ReplyDelete
  16. YB

    KENAPA PULA DENGAN DATUK K ? NAMPAKNYA ADA CERITA YANG SAYA TIDAK TAHU MENGENAINYA.

    ReplyDelete
  17. tak boleh cerita kat sini takut kena saman. nantilah kalau kita jumpa. Bila abg nak jumpa saya pulak ni?

    ReplyDelete
  18. Sudah gaharu cendana pula
    Tak cukup satu, nak tambah dua?
    Sudah gaharu , cendana pula
    Nak kena bambu, pergi la cuba!

    ReplyDelete
  19. EKIN

    SUDAH GAHARU, CENDANA PULA
    BARU KU TAHU, EKIN GARANG ORANGNYA !

    ReplyDelete
  20. YB

    INI CERITA BAGUS .. KENA AMBIL TAHU NI !

    TAK TAHULAH BILA BOLEH JUMPA.

    ReplyDelete
  21. Pakngah,

    Sudah gaharu, cendana pula
    jangan tak tau, saya ni garang juga
    Sudah gaharu, cendana pula
    Bukan selalu, kadang2 saja..


    Cewahhh, berbalas2 pulak ye! Dulu saya ni masa sekolah juara pantun..

    ReplyDelete
  22. EKIN

    PATUTLAH PUN .. PAKNGAH TAK PERNAH JADI JUARA. CUMA MINAT SAHAJA.

    ReplyDelete
  23. Sudah Gaharu Cendana pula,
    Dulu dah kena tipu, hari ini pilih juga!

    Hik! Hik!

    ada ulat dalam buah,
    jangan marah...

    ReplyDelete
  24. INSAN MARHAEN

    SUDAH GAHARU, CENDANA PULA
    BUKAN TIBU, TAPI GULA-GULA.

    ReplyDelete
  25. Sudah gaharu cendana pula,
    bergaya sentiasa, cucu tersenyum manja .

    Sudah gaharu cendana pula
    sudah ku tahu . Tuanlah namanya

    Sudah gaharu cendana pula
    alaa.. tuan ku ini ada-ada sahaja.

    ReplyDelete
  26. LINDA

    SUDAH GAHARU, CENDANA PULA
    HA HA HA, ITU SAJA NAK KATA .

    ReplyDelete
  27. sudah gaharu , cendana pula
    mengapa krik ii kawan kawan

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !