Wednesday, May 5, 2010

PANTUN SAJA-SAJA - 4



kalau ke tanjung membeli ayam
elakkan ayam berbulu basah
kalau ngan paklong tak boleh pinjam
takyahlah pinjam sama ngan pakngah.

12 comments:

  1. Kalu rumah rendah sangat,
    nanti tenggelam kala banjir,
    gitulah kala kaya tak beringat,
    benda tak penting jadi membazir.

    ...pastu nak pinjam Paklong, Pakngah segala... ehhh cuba try dengan Pak Ma'on plakkk...

    ReplyDelete
  2. Pisang sesikat di atas peti
    hendak dibawa pergi kenduri
    Jangan meminjam sesuka hati
    kalau enggan merana diri

    ReplyDelete
  3. AZIEAZAH

    PAK MA'ON LAGI TAK ADA DUIT. DIA PUN NAK PINJAM SAMA PAKNGAH !

    ReplyDelete
  4. KAKCIKSEROJA

    PISANG SESIKAT DI ATAS PETI
    HENDAK DIBAWA PERGI KENDURI
    KALAU MEMINJAM SESUKA HATI
    KELAK SUSAH TANGGUNG SENDIRI.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    kalau ke tanjung membeli ayam
    elakkan ayam berbulu basah,
    kalau dah biasa pinjam meminjam,
    Akhirnya mendapat susah..

    ReplyDelete
  6. LIPISLADY

    KALAU KE TANJUNG MEMBELI AYAM
    MUDIK BELAYAR KE SUNGAI PERAK
    KALAU TERPAKSA KENA MEMINJAM
    BILA MEMBAYAR JANGAN MENGELAK.

    ReplyDelete
  7. seberang sungai banyak buaya
    mengah terguncap terlolong-lolong
    biar papa asal bergaya
    pakngah tak da dia cari pak long

    ReplyDelete
  8. Pak Long Dan Pak Ngah Tak Mahu Tolong
    Balik Rumah Menangis Melolong
    Bila Pikiran Dah Jadi Bolong
    Mulalah Melangkah Ke tmpt Ah Long

    ReplyDelete
  9. EYE_NEE

    KALAU PAKLONG DAN PAKNGAH TAK MAHU TOLONG, ELOKNYA DIA ORANG TU DI LELONG !

    ReplyDelete
  10. Bersiar-siar mata terpejam
    Bawa pisang emas belayar
    Bukan Paklong tak bagi pinjam
    hutang pakngah pun dia belum bayar

    ReplyDelete
  11. IKAN EMAS

    KALAU NAK BERGAYA PUN JANGANLAH MENYUSAHKAN ORANG !

    ReplyDelete
  12. LINDA

    ITULAH PASAL .. DIA INGAT PAKNGAH TAK INGAT. SIAP TULIS DALAM BUKU 555 LAGI !

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !