Monday, May 3, 2010

PANTUN PERITBAHASA - 8


 Batang Berjuntai simpangnya empat
singgah sehari menangkap itik
sepandai-pandai tupai melompat
pandailah lagi orang politik !

20 comments:

  1. >>___<<


    hahahha best!

    sepandai-pandai tupai melompat
    pandai lagi kita berpolitik.

    phewwww ~~~

    ReplyDelete
  2. pergi ke pasar berkain batik
    hendak membeli ikan senohong
    tidaklah dikata pandai berpolitik
    andainya tak reti bercakap berbohong!

    ReplyDelete
  3. Frodo Baggins

    TERIMA KASIH ORANG MUDA KERANA MEMINATI PANTUN !

    ReplyDelete
  4. KAKCIKSEROJA

    BUKAN ORANG POLITIK SAHAJA .. ORANG BERISTERI LEBIH PUN KENA JUGA .. KATA P. RAMLEE.

    P/S: SAYA TAK RETI NAK BETULKAN SEPETI DI MINTA. APA-APA PUN SAYA DAH AMBIL PERHATAIAN PERKATAAN BERBOHONG ITU SEPATUTNYA BOHONG SAHAJA. T.K.

    ReplyDelete
  5. Wahhh.. seronok nyer berbalas pantun. Macam kat radio dolu-dolu.!

    Kata orang bila dah bohong tu tak lama lagi mesti pandai mencuri plak kan?

    ReplyDelete
  6. sepandai pandai tupai melompat
    pandai lagi orang politik

    memana politik
    kalau dah namo eh politik
    memang samo
    semua samo...

    suke..suke...sangat suke....

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan

    Seharian Menangkap itik
    Di Simpang Empat Batang Berjuntai
    Kalau Pandai Sgt Org Politik
    Cuba Melompat macam Tupai

    Hihihi..bikin panas ini pantun...

    ReplyDelete
  8. Sepandai-pandai tupai melompat
    pandailah lagi orang politik
    parti ke parti dia melompat
    Habis semua orang terus di kritik !

    ReplyDelete
  9. AZIEAZAH

    MEMANG LAMAN NI UNTUK PEMINAT PANTUN DAN PUISI MELAYU.
    BOHONG DENGAN CURI TU DUA SAMSENG JALANAN.

    ReplyDelete
  10. SAYANGSAYANGIBU

    KENAPA SUKE SANGAT PULAK NI ?

    ReplyDelete
  11. EYE_NEE

    ORANG POLITIK BOLEH MELOMPAT MACAM TUPAI, TAPI TUPAI TAK BOLEH MELOMPAT MACAM ORANG POLITIK. JADINYA PANDAILAH LAGI ORANG POLITIK.

    ReplyDelete
  12. LINDA

    PANDAILAH LAGI ORANG POLITIK
    SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT
    TIDAK MENGAPA SUKA MENGKRITIK
    DARIPADA DIA SUKA MENGUMPAT.

    ReplyDelete
  13. siakap sinohong
    bercanda di teluk batik
    bercakap bohong
    tanda auta org politik

    enak sungguh makam mee
    banyak makan sakit gigi
    gigi rongak dah jadi jongang
    enak sungguh perpoligami
    banyak mengayat pandai berjanji
    akhirnya tidur di tepi longkang !!!


    keh keh keh ..


    ...sape nak tanggung dosa ??

    ReplyDelete
  14. IKAN EMAS

    SAYA TENGOK RAMAI SAHABAT YANG BERPOIGAMI TAK ADA PULAK YANG TIDUR
    DI TEPI LONGKANG !

    ReplyDelete
  15. ish ish ish ...

    tak semua ,tp yg tidur kat bilik tuuu tak tau laa mimpi apa

    PakNgah ni macam teringin juga ke ??

    ReplyDelete
  16. Org politik bukan setakat kena pandai melompat tapi kena pandai putar belit. Kalau tak pandai nanti diri sendiri yg terlilit ngeeee

    ReplyDelete
  17. IKAN EMAS

    DULU LAGI SAYA DAH CAKAP .. TAK TERINGIN. LAINLAH KENA PAKSA DENGAN MAKNGAHNYA, KENALAH IKUT. KALAU TIDAK, KECIK PULAK HATI DIA. KALAU TAK PERCAYA TANYA YB.

    ReplyDelete
  18. YB

    SAYA PERCAYA SEPENUHNYA CAKAP AWAK SEBAB AWAK PUN YB KAN !

    ReplyDelete
  19. ambung..suke...

    suke menyusahkan,melibatkan,campur urusan
    orang lain


    politik itu penuh dengan lumpur
    memana
    politik kerja
    politik kehidupan

    dan apa juga berkaitan politik

    ReplyDelete
  20. SAYANGSAYANGIBU

    TAK SANGK AMBUNG SUKE DENGAN ANGAH PUNYA PANTUN !

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !