Tinggilah rumput si dari padi
Janganlah taksub mencari harta
Bukannya boleh dibawa mati.
Dari mana hendak ke mana
Tinggilah rumput si dari padi
Memang wajib mencari harta.
Jangan terbiar anak sendiri.
Selamat menyambut Ma'al Hijrah. Semoga ukhwah berterusan.
.
copp....
ReplyDeleteDari mana hendak ke mana
ReplyDeleteTinggilah rumput si dari padi
anak sekarang memang bahagia
kecik kecik dah pegang duit sendiri
bila di fikirkan betapa untungnya anak anak zaman sekarang sebab baru dapat sijil kelahiran / my kid dah ada akaun sendiri
mak dan ayah ni bersengkang belanja untuk diri sendiri semata mata nak pastikan akaun anak tu ada di masukan duit setiap bulan melalui potongan gaji
bertuahnya anak anak sekarang kan pakngah...
bayangkan kalau sebulan rm100 sampai umur 21 tahun dah berapa dah tu? belum campur duit raya, duit sedekah dari kengkawan mak ayah...
dari mana hendak ke mana
ReplyDeletetinggilah rumput si dari padi
saya 'di'paksa mengumpul harta,
'di'paksa kerja di hari cuti
uwaaaaaaaaaaaaaa... rindu kat bantal
salam maal hijrah
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteTAK APALAH .. REZEKI ANAK2.
EMAK AYAH KITA DULU BUKAN TAK NAK BUAT BEGITU, TETAPI KEADAAN MASA ITU SUSAH. KEADAAN DULU DAN SEKARANG TAK SAMA.
MASA DULU NAK CARI ORANG ADA KERETA DALAM SATU KAMPUNG PUN SUSAH.
KTS
ReplyDeleteDARI MANA HENDAK KE MANA
TINGGILAH RUMPUT SI DARI PADI
SAYA PUN TAK BOLEH NAK BUAT APA
BAIK-BAIKLAH KERJA SEORANG DIRI.
psst .. awak tak fesbuk ke ?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletedari mana hendak ke mana
ReplyDeletetinggi rumput dari padi
cari harta sekadar guna
yang selebihnya boleh memberi
(komen sebelum ini IM padam kerana ada kesilapan ejaan.. )
IM
ReplyDeleteDARI MANA HENDAK KE MANA
TINGGILAH RUMPUT SI DARI PADI
KALAU IM NAK BERI KAT SAYA
MEMANGLAH SAYA TERSANGAT SUDI.
buah nangka jatuh berdebuk,
ReplyDeletesaya takde fesbuk.
;)
Dari mana hendak ke mana
ReplyDeletetinggilah rumput si dari padi
apakah ada kena mengena
antara mana denganlah padi??
Dari mana hendak ke mana
tinggilah rumput si dari padi
kumpullah harta seadanya saja
jangan sampai menghempap diri....
KAKCIK
ReplyDeleteDARI MANA HENDAK KE MANA
TINGGILAH RUMPUT SI DARI PADI
KAKCIK HILANG PERGI KE MANA
SAHAYA MENUNGGU SI DARI PAGI.
Kanda AL...
ReplyDeletedari mana hendak ke mana
tinggilah rumput si dari padi
sahaya tidak ke mana mana
cuma di PICC menyibukkan diri! :)
KAKCIK
ReplyDeleteDARI MANA HENDAK KE MANA
TINGGILAH RUMPUT SI DARI PADI
RUPANYUA KAKCIK BERKAMPUNG DI SANA
SEKARANG BAHARULAH SAYA MENGERTI.
pssst .. nampaknya kita berdua jer berpantun .. seronok juga melepas gian kan.
Assalamualaikum THJ..
ReplyDeleteDari mana hendak ke mana
Tinggilah rumput si dari padi
Walaupun banyak wang dan harta
janganlah diletak di dalam hati
p/s: Tak pandailah saya tuan haji..
Dari Mana hendak Ke Mana
ReplyDeleteTinggilah Rumput Si Dari Padi
Harta Dicari Berpada-Pada
Hanya Amalan Kekal Abadi
Dari Mana Hendak Kemana
Tinggilah Rumput Si Dari Padi
Jangan Sampai Anak Tak Terjaga
Siksaan dari Nya Tidak Terperi
Dari Mana Hendak Kemana
Tinggilah Rumput Si dari Padi
Pantun Tuan Penuh Bermakna
Menjadi Petunjuk Pedoman Di Hati
Salam THJ...
ReplyDeleteRumput tinggi padi pun tinggi
Dari rumah turun ke masjid
Tidak ku sangka harganya bateri
rupanya sama dengan Shiela Majid...
heheee...
UST ABD RAZAK
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
BAGUS PANTUN ITU .. SIAPA KATA UST TAK PANDAI PANTUN.
PANTUN TU MENGGAMBARKAN CIRI2 ORANG ZUHUD SEBENAR. HARTANYA TIDAK MEMBEKAS DI HATI.
SESUAI UNTUK ORANG YANG GILA MENGUMPUL HARTA.
TERIMA KASIH UST. KERANA TURUT MEMERIAHKAN LAMAN INI.
EYE_NEE
ReplyDeleteDARI MANA HENDAK KE MANA
TINGGILAH RUMPUT SI DARI PADI
CANTIK SUNGGUH SUSUNAN BAHASA
PESAN EYE_NI DIGENGGAM RAPI.
RKA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
DARI RUMAH TURUN KE MASJID
RUMPUT TINGGI PADI PUN TINGGI.
APA HAL PULAK SI SHEILA MAJID
ORANG BERPANTUN PERIHAL PADI.
HEHE ..
salam uncle
ReplyDeleteDari mana hendak ke mana
Tinggilah rumput si dari padi
Cari wang berpada-pada
Ingat anak juga isteri
Dari mana hendak ke mana
Tinggilah rumput si dari padi
Kerana wang porak peranda
Juga punca matinya hati
MANJE
ReplyDeleteDARI MANA HENDAK KE MANA
TINGGILAH RUMPUT SI DARI PADI
HEBAT BERPANTUN CIK MANJE RUPANYA
SUDIKAN SINGGAH KE SINI LAGI.