Thursday, December 9, 2010

PEMBAYANG DULU-DULU - 14.



Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Membaca tajuk daku terkedu,
Hakim syariah dirasuk setan.


.

17 comments:

  1. Pucuk pauh delima batu
    anak sembilang di tapak tangan
    bila akal diatasi nafsu
    hilang iman terbanglah serban.. :(

    ReplyDelete
  2. Pucuk pauh delima batu
    anak sembilang di tapak tangan
    dia pun manusia punya nafsu
    hendaknya dia kembali ke pangkal jalan



    ...tuan,
    tahniah..rumah ni dah makin meriah. ..wpun sempat jg intai2 tp baru ni IE dpt membalas...

    ReplyDelete
  3. dua tiga kerat rotan
    inilah umat akhir zaman

    ReplyDelete
  4. pucuk pauh delima batu
    anak sembilang di tapak tangan
    hidup di dunia memang begitu
    tiada terlepas dari dugaan

    kata arwah bapak saya, semakin tinggi ilmu agama seseorang tu, semakin kuat dugaan yg diberi padanya.

    semoga yg diduga itu insaf, insyaallah.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum THJ...

    Pucuk pauh delima batu
    Anak sembilang di tapak tangan
    Bila hilangnya sifat malu
    Nafsu serakah menguasai iman

    ReplyDelete
  6. Pucuk Pauh Delima Batu
    Anak Sembilang Di Tapak Tangan
    Hidup Jika Berlandaskan Nafsu
    Iman Dan Amal Sanggup Gadai Kan

    Pucuk Pauh Delima Batu
    Anak Sembilang Di tapak Tangan
    Syaitan menggoda Tak Kira Suku
    Apatah Lagi Yang Tinggi Ilmuan

    Pucuk Pauh Delima Batu
    Anak Sembilang Di Tapak Tangan
    Adakah Ini Tanda Akhir Waktu
    Yang Disangka Sufi Rupanya Syaitan

    ReplyDelete
  7. KAKCIK

    PUCUK PAUH DELIMA BATU
    ANAK SEMBILAN DI TAPAK TANGAN
    SAYA TIDAK AKAN BEGITU
    SEBAB SAYA TAK PAKAI SERBAN.

    ReplyDelete
  8. IE

    PUCUK PAUH DELIMA BATU
    ANAK SEMBILAN DI TAPAK TANGAN
    MEMANG MANUSIA DIBERI NAFSU
    TAPI JANGAN DISALAHGUNAKAN.

    ReplyDelete
  9. KUCINGORENGEMOK

    DUA TIGA KERAT ROTAN
    MEMANG PATUT DIA DIROTAN.

    ReplyDelete
  10. DINAS ALDI


    PUCUK PAUH DELIMA BATU
    ANAK SEMBILAN DI TAPAK TANGAN
    TIDAK SEMUA PERANGAI BEGITU
    CUMA YANG KALAH PUJUKAN SETAN.

    ReplyDelete
  11. UST ABD RAZAK

    PUCUK PAUH DELIMA BATU
    ANAK SEMBILAN DI TAPAK TANGAN
    KITA BERDOA TIDAK BEGITU
    MUDAH-MUDAHAN DIMAKBUL TUHAN.

    ReplyDelete
  12. EYE_NEE

    PUCUK PAUH DELIMA BATU
    ANAK SEMBILAN DI TAPAK TANGAN
    SAYA TAK JAWAB SATU PERSATU
    SEMUA RANGKAP SAYA BERKENAN.

    ReplyDelete
  13. pucuk pauh delima batu
    anak sembilang di tapak tangan
    itu perempuan akalnya satu,
    itu hakim nafsunya sembilan.

    ReplyDelete
  14. Anak sembilang di tapak tangan
    Tapak tangan bukanya lebar
    Hakim pun boleh dirasuk syaitan
    Si syaitan tentu berpangkat besar!

    ReplyDelete
  15. KTS

    PUCUK PAUH DELIMA BATU
    ANAK SEMBILAN DI TAPAK TANGAN
    TAKJUB SUNGGUH DALAM HATI KU
    SATU MENANG LAWAN SEMBILAN.

    ReplyDelete
  16. ABG TEMUK

    ANAK SEMBILANG DI TAPAK TANGAN
    TAPAK TANGAN BUKANYA LEBAR
    KALAU HAKIM DIRASUK SYAITAN
    APAKAH PATUT KITA BERSABAR ?

    ReplyDelete
  17. TAPAK TANGAN BUKANYA LEBAR
    TAPAK SERUPA KANAN DAN KIRI
    KITA BERSABAR MALULAH HAKIM
    KITA TAK SABAR, MALU SENDIRI!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !