Tuesday, December 21, 2010

PEMBAYANG DULU-DULU - 16



pemandangan di belakang rumah saya di waktu senja.

sayang asap ku sangka api
kalau api mana kayunya
ku lihat gelap ku sangka pagi
nasib baik tak pergi kerja !


.

12 comments:

  1. Salam Tuan...

    Sayang Asap Ku Sangka Api
    Kalau Api Mana Kayu Nya
    Jika Berkawan Berhati-Hati
    Selidik Dulu Hati Budi Nya

    Sayang Asap Ku Sangka Api
    Kalau Api Mana Kayu Nya
    Kalau Tidur Tak Basuh Kaki
    Subuh Terlepas Lah Jawabnya

    Sayang Asap Ku Sangka Api
    Kalau Api Mana Kayu Nya
    InsyaAllah Saya Akan Bertamu Lagi
    Hanya Waktu Penentu Segalanya

    ReplyDelete
  2. hehehe..harulah kalau pakngah pergi kerja sebelum waktunya... ;p
    ni kes tido terasa dah lama sangatlah tu
    sya pun pernah terbangun dan ingatkan dah terlewat nak pergi kerja

    ReplyDelete
  3. sayang asap kusangka api
    kalau api mana kayunya
    hari gelap di sangka pagi
    pokok ditoreh keluarkah getahnya?

    (pantun orang semput - berbunyi nyaring setiap kali menarik nafas...)

    ReplyDelete
  4. kulihat gelap kusangka pagi,
    nasib baik tak pergi kerja,
    teruskan lelap sampai bermimpi,
    tapi termimpi dikejar gergasi pula.

    ngeeeee

    ReplyDelete
  5. Sayang asap ku sangka api
    Kalau api mana kayunya
    Seronok sungguh sekolah bercuti
    Tak lama lagi dah nak buka..huwaaaa!

    ReplyDelete
  6. EYE_NEE

    SALAM KEMBALI.

    SAYANG ASAP KU SANGKA API
    KALAU API MANA KAYUNYA
    KEKADANG SUDAH BERHATI-HATI
    SUDAH TAKDIR NAK BUAT LAGU MANA.

    ReplyDelete
  7. SAYANG2IBU

    MASA KECIK2 DULU, SELALU TERKENA. KELAM KABUT MANDI NAK PERGI SEKOLAH.

    ReplyDelete
  8. KAKCIK

    SAYANG ASAP KU SANGKA API
    KALAU API MANA KAYUNYA
    JAGA KESIHATAN JAGALAH DIRI
    KALAU SAKIT SUSAH SEKELUARGA.

    ReplyDelete
  9. GADISBUNGA


    SAYANG ASAP KU SANGKA API
    KALAU API MANA KAYUNYA
    ORANG TIDUR ADATLAH MIMPI
    JANGAN TERIKUT ORANG YANG JAGA.

    ReplyDelete
  10. DINASALDI


    SAYANG ASAP KU SANGKA API
    KALAU API MANA KAYUNYA
    RIANG SUNGGUH MASA BERCUTI
    LEBIH GURU DARI MURIDNYA.

    ReplyDelete
  11. dua tiga kuih koye
    tidur lepas asar, ye?

    ReplyDelete
  12. KUCINORENGEMOK

    TAK .. TIDUR SEBELUM MAGHRIB ! HEHE

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !