Monday, December 6, 2010

PEMBAYANG DULU-DULU - 12.


Utusan Melayu 6.12. 2010: Dua gadis kulit putih sertai Randai.

 
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Bila Melayu tidak peduli
Orang lain masuk gelanggang.


.

10 comments:

  1. Dua tiga kucing berlari
    mana nak sama si kucing belang
    Melayu malu budaya sendiri
    lebih senang menyanjung budaya orang! :(

    ReplyDelete
  2. KAKCIK

    EH .. KAKCIK DAH JAWAB RUPANYA. SAYA BARU JER JEMPUT KAT BLOG KAK CIK TADI.

    TERIMA KASIH.

    SAYA BANGGA JADI ORANG MELAYU DULU, KINI DAN SELAMANYA.

    ReplyDelete
  3. Dua Tiga Kucing Berlari
    Mana nak Sama Si Kucing Belang
    Jangan meminggir Budaya Sendiri
    Pusaka Temurun Harus DiJulang

    ReplyDelete
  4. EYENEE

    TERIMA KASIH DATANG BERTANDANG
    HATI YANG WALANG KEMBALI GIRANG
    DATANGLAH LAGI PABILA SENANG
    HARI YANG SURAM KEMBALI TERANG.

    ReplyDelete
  5. dua tiga wayar kabel
    orang melayu menari shuffle

    ReplyDelete
  6. KUCINGORENGEMOK

    HAHAHA .. SAYA PUN TIADA ILHAM UNTUK MENCIPTA PANTUN SEBEGITU .. SYABAS ! HEHE

    ReplyDelete
  7. hee saya suka

    naik basikal pergi Melaka
    lelah mengayuh rehat-rehat di tepi rawa
    jual adat jual pusaka
    nanti Julia Roberts mengaku yang empunya

    boleh tak tuan? belasah je ni hehe.

    ReplyDelete
  8. IZAWATI

    BOLEHLAH TU .. LAGI PUN INI BLOG PUISI ORANG TAK RETI.

    AWAK DAH BACA PANTUN KUCINGORENGEMOK KAT ATAS TU ?

    ReplyDelete
  9. dua tiga kucing main tali
    kucing memang tak sama dengan angsa
    yeeee bukan ke sebab Melayu peduli
    pantun terus famous antarabangsa

    :))

    ReplyDelete
  10. FINAZ

    TERIMA KASIH KERANA TURUT SERTA. SEMOGA PANTUN TERUS TERKENAL DI PERINGKAT ANTARABANGSA TETAPI JANGAN PULA IA TERPINGGIR DI NEGARA SENDIRI.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !