Saturday, December 18, 2010

PANTUN PERITBAHASA - 9


tanam jati di waktu petang
jangan digali di waktu senja
harimau mati meninggalkan belang
manusia mati meninggalkan dunia.



14 comments:

  1. harimau mati meninggalkan belang,
    manusia mati meninggalkan dunia,
    ingat susah ketika senang,
    baru aman hidup ceria.

    ReplyDelete
  2. tanam jati di waktu petang
    tanam berbaris tepi telaga
    harimau mati meninggalkan belang
    tanpa kulitnya tak berguna juga

    jangan digali di waktu senja
    waktu hantu datang menjelma
    manusia mati meninggal dunia
    tinggal harta tinggal segala

    ReplyDelete
  3. harimau mati meninggalkan belang
    manusia mati meninggalkan dunia.
    ada ke tanam jati di waktu petang
    waktu senja digali pula....

    ish ish ish

    tanam jati di waktu senja
    waktu senja digali pula
    kalau mati jangan diwaktu senja
    nanti digali diwaktu senja

    ReplyDelete
  4. GADISBUNGA

    TANAM JATI DI WAKTU PETANG
    JANGAN DIGALI DI WAKTU SENJA
    TAK SIAPA INGAT KETIKA SENANG
    SUDAH BANKRAP TERCARI KITA.

    ReplyDelete
  5. Tanam jati di waktu petang
    Jangan digali di waktu senja
    Berbudi bahasa berjumpa orang
    Akan disayang sepanjang masa

    fewit, hari ni ada idea la pulak

    ReplyDelete
  6. KAKCIK

    TANAM BERBARIS TEPI TELAGA
    TIDAK BERTEBAS MENJADI HUTAN
    TINGGAL HARTA TINGGAL SEGALA
    AMAL YANG IKHLAS JADI TARUHAN.

    ReplyDelete
  7. IKAN EMAS

    TANGKAP BIAWAK DI WAKTU SENJA
    BAGI KAT BALA DI BUAT KARI
    PANTUN AWAK TAK TENTU HALA
    AGAKNYA HRMIS TAK SIAP LAGI.

    ReplyDelete
  8. DINAS ALDI

    TANAM JATI DI WAKTU PETANG
    JANGAN DIGALI DI WAKTU SENJA
    WANG RINGGIT DI KEJAR ORANG
    BUDI BAHASA DI JUNJUNG JUGA.

    - belasah jer .. tengok pantun ikan emas kat atas tu!

    ReplyDelete
  9. tanam jati di waktu petang
    jangan digali di waktu senja
    harimau mati meninggalkan belang
    sebab harimau tak ada harta

    eh eh eh

    ReplyDelete
  10. Lelaki mati meninggalkan balu,
    Perempuan mati meninggalkan duda,
    Aci mati meninggalkan Muthu,
    Apek mati meninggalkan nyonya...

    ReplyDelete
  11. pembetulan,

    tanam jati di waktu petang
    waktu senja digali pula
    kalau mati jangan diwaktu petang
    nanti digali diwaktu senja

    ..itu pantun gila!

    harimau mati meninggalkan belang
    manusia mati meninggalkan nama
    nama yang baik dikenang orang
    buat jahat pun disebut selama..


    p/s : hari ni cuti yg tak cuti..
    nasib hrmis boleh bukak di mana-mana..byk bonar list yg menunggu...sambil tu rasa mcm nk join contest Tuan Komensen tuu..tgh cari idea ni

    ReplyDelete
  12. KTS

    TANAM JATI DI WAKTU PETANG
    JANGAN DIGALI DI WAKTU SENJA
    MEMANG MATI MENINGGALKAN BELANG
    MACAM TIGERWOOD PUNYA ANGKARA.

    ReplyDelete
  13. RKA

    BELI ROTI DI WAKTU PAGI
    MAKAN MARI DENGAN KEREPEK
    MUTHU MATI MENINGGAL ACI
    NYONYA MATI MENINGGALKAN APEK.

    tak sama kan ?

    ReplyDelete
  14. IKAN EMAS

    TANAM JATI DI WAKTU PETANG
    JANGAN DIGALI DI WAKTU SENJA
    SEKALI LAGI AWAK BERTANDANG
    KONTEST SAYA TAK MASUK JUGA.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !