Saturday, December 25, 2010

MACAM PANTUN DULU-DULU - 9

  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdVYb7lP1DVJ35-ZBi_96qqaNQQSxAHz38d14aN3ZErEacvIUFPZDKNZQitdQpI-gsKJrRxR9xmsSmYQ5YtR7pPmcQtX7GA_oObD5NGBYB2UIKdWLayHoQEVF992PUJfKcePdCM_g1G72X/s1600/rindu.jpg

hasil carian google.


intai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan tak lalu makan.




.

10 comments:

  1. tuan padi antara masak
    esok jangan layu-layuan
    malas nak buat nampak tak nampak
    sebab hati memang tak berkenan!

    (hehehe... pantun ini tidak berkenaan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia) :)

    ReplyDelete
  2. Tuai padi antara masak
    Esok jangan layu-layuan
    Hari ini saya tak masak
    Kerna nak pergi 3 jamuan

    heheh, orang sambut Krismas, kita tumpang makan. yg penting, HALAL!

    ReplyDelete
  3. intai padi antara masak
    esok jangan layu-layuan
    intai awak tak nampak-nampak
    rupa-rupanya tersilap taman

    ;)

    ReplyDelete
  4. tak lalu makan tapi satu sudu..satu sudu.. 5 pinggan cek telan!

    ReplyDelete
  5. kakcik

    tuan padi antara masak
    esok jangan layu-layuan
    orang tak suka jangan diasak
    nanti muka kena penangan.

    (pantun ini juga tidak ada kena mengena dengan sesiapa)

    ReplyDelete
  6. dinas aldi

    Tuai padi antara masak
    Esok jangan layu-layuan
    Hari ini pun saya tak masak
    Belah malam makan kat restoran.

    ReplyDelete
  7. kts

    tuai padi antara masak
    esok jangan layu-layuan
    kalau diintai memang tak nampak
    sayalah ini anak halimunan.

    ReplyDelete
  8. insan marhaen

    saya nasihatkan jangan telah pinggan .. amat merbahaya ! hehe

    ReplyDelete
  9. kih kih kih, tak tahan nak ketawa, tak larat nak pantun² dah

    ReplyDelete
  10. puisi khas utk garuda yg patah sayapnya > http://blazenet.blogspot.com/2010/12/mereka-masih-di-situ.html

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !