Sunday, December 12, 2010

PEMBAYANG DULU-DULU - 15.



Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Ke sana ke sini mencari bukti
Hajat hati nak perangkap orang.

Pucuk pauh delima batu,
Anak Sembilang di tapak tangan
Tidak elok buat begitu
Aib orang didedah jangan.




.

6 comments:

  1. Dua tiga kucing berlari
    Mana nak sama si kucing belang
    siapa diintai siapa dicari
    ada ke yang disambar orang ??.


    Pucuk pauh delima batu,
    Anak Sembilang di tapak tangan
    niat tuan hendak membantu
    demi tanggungjawb pengerusi taman.

    ReplyDelete
  2. Dua tiga kucing berlari
    Mana nak sama si kucing belang
    Dah takda keroje ke dema ni
    Terhendap-hendak teropong orang

    ReplyDelete
  3. IKAN EMAS

    DUA TIGA KUCING BERLARI
    MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG
    JANGAN DIAMAL KERJA BEGINI
    NANTI DISERGAH KOK LINTANG PUKANG.

    nota kaki: saya sudah tidak lagi menjadi Pengerusi RT mulai tahun ini.

    ReplyDelete
  4. DINAS ALDI

    DUA TIGA KUCING BERLARI
    MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG
    NILAH KERJA DEMA SEHARI-HARI
    MENGOREK RAHSIA BERBALASKAN WANG.

    ReplyDelete
  5. dua tiga kucing berlari
    mana nak sama sikucing belang
    bukti apakah hendak di cari
    puaskah hati menganiaya orang?

    pucuk pauh delima batu
    anak sembilang di tapak tangan
    ada yang puas berbuat begitu
    bertepuk tangan dikesusahan orang

    ReplyDelete
  6. KAKCIK

    PUCUK PAUH DELIMA BATU
    ANAK SEMBILANG DI TAPAK TANGAN
    INGATLAH ALLAH TUHAN YANG SATU
    AJARAN MUHAMMAD DILUPA JANGAN.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !