Thursday, February 17, 2011

INTERLOK

.
.
.

wahai angin !
sedang perahu ku sudah di air 
 sauhnya  sudah  ku  bongkar
 semangat  belayar ku berkobar-kobar

.
.
.
 
tetiba kau mati.



http://antondewantoro.files.wordpress.com/2008/03/sunset-sail.jpg


asap api embun berderai
patah galah haluan perahu
hajat hati tak ingin bercerai
datanglah angin tiup layarku !

.
.
.

19 comments:

  1. Asap api embun berderai
    Patah galah haluan perahu
    Jangan kata hendak bercerai
    Berpisah sebentar pun sukar bagiku !

    ReplyDelete
  2. Asap api embun berderai
    Patah galah haluan perahu
    Pecah hatiku dilanda badai
    Ombak menggulung buat tak tahu...:(

    ReplyDelete
  3. saya baca interlok tak abis-abis lagi uncle!

    ReplyDelete
  4. fuh fuh fuuuuuuuhhhh...

    *angin tiup layar*



    :D

    ReplyDelete
  5. asap api embun berderai
    patah galah haluan perahu
    macam mana hendak bercerai
    akad nikah pun belum tentu

    itu sayalah, hehehe

    ReplyDelete
  6. salam uncle..

    salam ziarah..hehhe

    saya xbaca lagi..tp ramai kata best..:)

    ReplyDelete
  7. Semalam saya dah singgah sini tapi xde idea..sama gak mcm arini..
    hihihihihi (ngilai jek pandai :P)

    ReplyDelete
  8. baca dengan gaya damak sedihhhhhh...
    huhuhuhu


    asap api embun berderai
    patah galah haluan perahu
    ambil dulang buat hiasan
    patah hatiku kalau bercerai
    puas dipujuk sudah ku rayu
    terpulang tuan membuat keputusan

    ReplyDelete
  9. bukan lelong sebarang lelong,
    lelong murah leleong murah di kali lima,
    bukan untung sebarang untung,
    untung,
    untung dapat kat ahli politik, bukan rakyatnya...


    IM - kenapa tak tukar je ke novel yang lain? ish.. tak faham...

    ReplyDelete
  10. ust abd razak

    Asap api embun berderai
    Patah galah haluan perahu
    Saya tidak ingin bercerai
    Tapi sukar membahagi waktu.

    ReplyDelete
  11. kakcik

    Asap api embun berderai
    Patah galah haluan perahu
    Saya kan cuba melawan badai
    Andainya tewas usah ditunggu.

    ReplyDelete
  12. ikan emas 1 dan 2

    asap api embun berderai
    patah galah haluan perahu
    ambil dulang buat hiasan
    hatiku pun patah kalau bercerai
    daku termakan pujuk dan rayu
    selagi bernafas akan teruskan.

    ReplyDelete
  13. kts

    patutlah berangin belakang telinga ku !

    ReplyDelete
  14. dinas aldi

    asap api embun berderai
    patah galah haluan perahu
    usah disebut bercerai berai
    bila kawin pun belum tahu.

    ReplyDelete
  15. cikceriacorner

    salam kembali.

    terima kasih kerana sudi ziarah. datang2lah selalu ke laman ini.

    ReplyDelete
  16. cik shinju

    uncle pun tak ada idea nak cakap apa kat awak.

    ReplyDelete
  17. im

    kita berkongsi sentimen yang sama. nampaknya kita kian beransur ..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !