Sunday, December 19, 2010

AWAK 10

awak ...
kita sudah tidak tahu bagaimana lagi
hendak memujuk hati ini
supaya jangan teringat kepada awak lagi
namun hati bukan boleh dikunci
ingatan pada awak sentiasa mencuri-curi
datang dan pergi.

awak ...
kita sebenarnya tidak gembira
bila ingatan pada awak selalu menerjah tiba
sia-sia saja kita bina benteng menahan rasa
apa saja kerja kita, jadi caca marba
tidur tak basah, makan tak lena

hingga akhirnya kita pasrah bahawa perasaan ini
akan kekal begini
higga ke akhir usia kita nanti.

awak ...
memang benarlah kata pujangga
cinta pertama memang beginilah padahnya.

Layannnnn !



awak = blog.


.

15 comments:

  1. patutnya pakngah pak payah la tinggalkan nota kaki tuu..

    ( sebab IE dah faham !!!)

    tak per laa..

    kalau kita bertiga tiga aja pun

    kira

    layann..

    sebab

    ia penghibur hati saya juga..

    ReplyDelete
  2. awak,
    ada juga masanya tempohari
    masa sekolah mula2 bercuti
    kita rasa nak berhenti
    dari berjumpa denganmu lagi
    hingga sekolah dibuka kembali

    namun awak,
    kita tak dapat menafikan
    tak dapat melawan perasaan
    kita tahu kita takkan tahan
    untuk berhenti post repekan
    segala idea dan buah fikiran

    cinta kita akan tetap terus bersemi, awak
    selagi hayat dikandung badan

    *awak = blog juga le, ngeh ngeh

    ReplyDelete
  3. IKAN EMAS

    AWAK MEMANG TERANG HATI .. TAPI TAKUT ADA ORANG SALAH FAHAM.

    NANTI PERIUK BELANGA TERBANG MELAYANG-LAYANG .. HEHE

    ReplyDelete
  4. DINAS ALDI

    SERONOK MEREPKKAN !

    TAK ADA HALANGAN, TIADA SEMPADAN. TAK PAYAH NAK TUTUP2 MUKA. HEHE

    ReplyDelete
  5. alahai pakngah
    ingatkan awak tu
    ehemm...ehemmmmm......... (",)

    ReplyDelete
  6. tp betulkan pak ngah.. kekadang bila dah berhari hari tak layan kekasih hati ni vindu jugak kan?
    tak menyenggah yenggah kekasih hati yang lain lain tu pun sama jugak..jd serba dan salah kan?
    tp utamakan apa yang paling utama kan?

    ReplyDelete
  7. awak,
    kita macamana?
    kita cinta ke berapa?
    kita jgn sekali2 awak lupa.
    klu lupa, memang nak kena!


    .
    .


    kita = makngah

    ReplyDelete
  8. SAYANGSAYANGIBU 1

    TAK TERFIKIR PUN.

    SAYANGSAYANGIBU 2

    TENGOK DAH LAYAN BALIK. HATI BAGAI DI TARIK2.

    MAKNGAHNYA TAK KISAH .. MUNGKIN DIA SUKA KOT. TAK KACAU DIA. HEHE

    ReplyDelete
  9. KTS

    BERDERAU DARAH SAYA. NASIB BAIK ADA TANDA " = " TU.

    DIA ADA DI DEPAN MATA
    DIA ADA DI BELAKANG MATA
    DIA ADA DI MANA-MANA
    KALAU LUPA JUGA, MEMANG NAK KENA !

    ReplyDelete
  10. Awak...
    Dah Lama rasanya Tak Bejumpa
    Hati tu sebenarnya Rindu Juga
    Asik-Asik teringat Sepanjang Masa
    Tapi nak buat Macammana
    Keadaan Tak Mengizinkan Kita

    Awak..
    Nanti bila keadaan dah Lega
    Saya Janji Kita Kan Bersama Semula
    Membina Semula Perjanjian Kita
    Yang AKan Sentiasa Setia Bersama
    Mencoret Segala Suka Dan Duka
    Untuk Tatapan Masa Tua Kita

    "Awak" Tuan Dan "Awak" Saya serupa....

    ReplyDelete
  11. LELAKI INI

    MANA ADA SEDEYH2 .. HIK HIK !

    ReplyDelete
  12. EYE_NEE

    MEMBACA CATATAN AWAK ... SAYA BAHAGIA.

    SEMOGA APA YANG MENGHALANG AWAK UNTUK SELALU KE SINI AKAN SEGERA TERHILANG.

    ReplyDelete
  13. eceh.....kalau dgn blog boleh la pasang 2-3...kihkihkih

    ReplyDelete
  14. GADISBUNGA

    JADILAH .. UBAT KEMPUNAN. HEHEH

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !