Saturday, July 14, 2012

AWAK - 15.




awak !!!
kita sudah malas hendak berkata-kata lagi
sebab awak sering salah erti
kita kata kanan
awak ingat kiri
kita kata sana
awak ingat sini.




8 comments:

  1. Awak!!!

    Perkara begini sering terjadi
    Kata-kata disalah erti
    Kerna kita manusia biasa
    Sering jua tersalah kata
    Kerap jua tersilap rasa
    Janganlah awak berputus asa
    Kita terus cuba
    Saling faham memahami
    Saling maaf memaafi

    Boleh kaaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak !!!!!

      bukan kita berputus asa
      tapi malas nak menyemak kepala
      lebih baik simpan sendiri
      daripada meluah menyakit hati.

      Delete
    2. Awak!!!

      Nampaknya terasa benar hati
      Hingga tak mahu berkongsi lagi
      Mungkin lebih baik begitu
      Simpan saja di dalam kalbu

      Tapi jangan sampai meletup nanti naa :)

      Delete
    3. kalau meletop nanti, habislah riwayat blog ini !

      Delete
  2. Awak...

    kita tak tahu nak kata apa
    kerana awak lebih mengerti apa yang awak rasa...


    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang susah hendak berkongsi rasa
      cuma hendak meluah apa yang terbuku di dada
      tidak terniat pula membawa orang lain pening kepala.

      Delete
  3. wahai awak..
    janganlah begitu sekali
    cuba lihat diri sendri
    mungkin komunikasi diri yang sukar difahami
    bila itu terjadi
    tentu sekali tersalah mengerti
    jika hendak ke kanan, tolong ajar kita supaya kita tidak ke kiri
    kalau mahu ke sana, tolong bawa kita supaya kita tidak kekal disini
    harap diri dimaafi..
    awak juga telah saya maafi

    heheh spontan ni pak ngah..tak tahu lulus ke tidak nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang begitu
      sedari dulu
      suka mendesak
      tidak beragak
      sangat bijak mengilas kata
      akhirnya kita juga yang terkena.

      Delete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !