Friday, June 29, 2012

PANTUN SAJA-SAJA 28: HATI.


Semua parang adalah sama,
Yang berbeza cuma besinya;
Semua orang adalah sama,
Yang berbeza cuma hatinya.

16 comments:

  1. Semua parang adalah sama
    Jangan mudah dibuat main
    Semua manusia mmg lah sama
    Rambut sama hitam, hati lain2

    *** selak2 rambut belum ada yang putih.. Heheh

    Semua manusia adalah sama
    Rambut sama hitam hati lain2
    Hati saya tetap yang lama
    Walau jarang turun bermain :)

    Percaya x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua parang adalah sama,
      jangan mudah dibuat main;
      saya juga sudah serupa,
      jarang sangat dapat bermain.

      * selak2 rambut, payang betul nak cari yg hitamnya. hehe

      Delete
  2. Semua parang adalah sama,
    Yang berbeza cuma besinya;
    Semua orang memang tak sama,
    Warna kulit pun jelas bezanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua parang adalah sama,
      yang berbeza cuma besinya;
      memang fizikal tidaklah sama,
      yang sama asal kejadiannya.

      Delete
  3. Assalamualaikum Tuan,

    Lama rasanya tidak kemari
    Menjenguk Tuan Al-Lavendari
    Berpantun pula bagai hilang tari
    Puas memikir tapi masih tak dijumpai
    Ayat-ayat yang memuaskan hati
    Akhirnya ini sahaja dapat diberi...

    hehehehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      walaupun itu yang dapat diberi,
      sudah cukup menyenang hati,
      bukan saya mengejar kuantiti,
      tapi kualiti yang saya cari.

      Delete
  4. Salam Tuan Haji,

    tanam lada semai di huma,
    pucuk meranti di tepi kolam;
    mana ada manusia yang sama?
    apalagi hati di dalam...

    sudah berusia pada jenama,
    singgah berteduh di sarang buangan;
    kalau manusia hatinya sama,
    tiadalah bergaduh berparang berlengan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      semua parang adalah sama,
      yang berbeza cuma besinya;
      memang fizikal tidaklah sama,
      yang sama asal kejadiannya.

      * salin bulat2 jawapan saya kepada kakcik.

      Delete
  5. Berhati-hati jalan di rimba
    Jaga langkah jangan tersungkur
    Semua manusia tiada yang sama
    Perlulah kita bertolak ansur

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua parang adalah sama,
      yang berbeza cuma besinya;
      memang fizikal tidaklah sama,
      yang sama asal kejadiannya.

      * lagi sekali salin bulat2 jawapan saya kepada kakcik dan queenie pulak ! hehe

      Delete
  6. Semua parang adalah sama,
    Yang berbeza cuma besinya;
    Semua orang adalah sama,
    Bezanya adalah takwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua parang adalah sama,
      yang berbeza cuma besinya;
      sungguh benar ustaz berkata,
      hanya takwa diambil kira.

      Delete
  7. koleksi parang pak ngah ke itu?

    ReplyDelete
  8. erk..semua org berpantun..ain nak balas apa..
    emm...
    dua tiga kucing berlari,
    berlari kearah mak enon,
    ini saja yg mampu kucari,
    setelah berperah hotak nak bina pantun..

    hik2..

    kalau rasa CREATIVE, ARTISTIK, GEORGEOUS, ADORABLE, FASHINABLE,OWESOME clik sini : Konspirasi Blogger Kreative 2012
    Jiwa daku sedang berperang

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua tiga kucing berlari,
      mana nak sama si kucing China;
      jauh sungguh tuan berlari,
      hingga sampai gelanggang saya.

      Delete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !