Sunday, June 3, 2012

SUNYI DAN USANG.


dulu rumah ini penuh dengan ketawa riang
tak kira pagi ataupun petang
malamnya pulak terang benderang
kini terbiar sunyi dan usang.

dulu rumah ini tempat bertumpu
anak cucu berkumpul di hujung minggu
bertemu atuk dan nenek setia menunggu
begurau senda adik kakak dan juga pupu.

tetapi bila atuk dan nenek sudah tiada
dipanggil mengadap Maha Pencipta
rumah ini sudah tidak siapa lagi ambil peduli
hanya menanti masa untuk menyembah  bumi.

kini anak cucu sudah bergelar jutawan
hairan apa kepada rumah buruk yang sudah naik hutan
itulah hakikat sebuah kehidupan
tidak mampu lagi hendak bertahan.

10 comments:

  1. Begitu juga dengan perjalanan hidup manusia
    disanjung dipuja masa berada
    segala dikata diiyakan belaka
    bila sudah tiada apa-apa
    dipinggir dan disisih tanpa rasa berdosa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oleh itu janganlah kita bermuram durja
      kerana begitulah lumrah manusia.

      Delete
  2. Dulu rumah itu penuh jiwa
    Dulu rumah itu penuh nyawa
    Kini terbiar penuh hampa
    Kini sunyi tiada penghuninya

    Sayunya tengok rumah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang saya sayu dan hiba melihatnya .. rumah ini berhadapan dengan rumah saya di kampung.

      Delete
  3. tiada apa yang perlu dikesalkan
    memang tercatat dalam suratan
    yang bermula itu pasti ada pengakhiran
    tiada satu pun akan berkekalan
    selain DIA yang di atas segala jutawan...

    *seram pulak tengok rumah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seram .. kalau diberi RM1k suruh saya tidur semalam pun saya tak sanggup.

      Delete
  4. Nostalgia tak mungkin terpadam. Andai rumah itu masih tersergam. Dan dikekalkan segala suka ria dan kedukaan. Andainya semak-samun itu ditebang....

    Pakcik, nilainya mst berganda andai rumah tu dipelihara.

    =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia bernilai kalau tak banyak .. tapi kat kampung pakcik banyak sekali rumah lama yang menerima nasib seumpama itu.

      Delete
  5. melihat rumah pusaka
    menjadi usang menunggu rebah
    sayu hati si anak cucu
    yang sempat membesar,ketawa riang,duka nestapa

    sayangnya si rumah usang
    tanah warisan yang di tinggalkan
    harta pusaka yang di tinggalkan
    oleh generasi utama yang pertama
    niatnya untuk kesenangan
    generasi si anak cucu dan seterusnya
    namun itulah nasib si rumah usang
    tanah warisan yang di tinggalkan
    yang seakan tidak di pandang
    walaupun dengan kerdipan sebelah mata

    rebahlah si rumah usang
    menyembah bumi di salut tumbuhan
    hilanglah segala kenangan
    hilanglah segala kasihsayang
    yang pernah di bina di rumah nan usang

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nak buat .. tiada siapa yang berdaya dan sanggup untuk mengembalikan kegemilannya.

      kini ramai yang terpaksa meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki di bandar2.

      Delete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !