Sunday, June 10, 2012

PANTUN SAJA-SAJA 27: PANAS KEMBALI SEJUK



pergi ke Lukut pikat tekukur,
dapat kibas belum bertanduk;
 hamba bersujud mengucap syukur,
bumi yang panas kembali sejuk.

14 comments:

  1. Dapat kibas belum bertanduk
    dara menanti bersama dendam
    cuaca yang panas kembali sejuk
    bara di hati kenapa tak padam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dara menanti bersama dendam,
      duduk di tangga memegang kipas;
      bara di hati belumlah padam,
      selagi telinga gagal dipulas.

      Delete
  2. Panas terik tahan lencun
    Hari ni terbaik,hujan turun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengikut ramalan cuaca di NS hari ini hujan ..

      Delete
  3. betul kan pepatah lama
    bumi yang mana tidak di timpa hujan.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. cuma ada yang kerap ada yang jarang sahaja.

      Delete
  4. hehe sempoi je pantunnya.. hehe jijah xreti nak balas balik la..

    ReplyDelete
  5. Mari memetik daun senduduk
    Buat campuran mandian herba
    Bumi yang panas kembali sejuk
    Penuh bahagia rahmat dariNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok kapas pokok senduduk,
      mari di petik di waktu petang;
      bumi yang panas kembali sejuk
      bil eletrik mungkinkah kurang ?

      Delete
  6. Pergi ke Lukut pikat tekukur,
    dapat kibas belum bertanduk;
    tergambar dia hamba bersyukur,
    nikmat datang sujud dan tunduk

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi ke rimba pikat tekukur,
      dapat rusa makan berdua;
      hanya padaNya tempat bersyukur,
      moga rahmatnya kekal merata.

      Delete
  7. Pikat tekukur tak dapat-dapat
    Terpikat pula dengan si Hawa (oppss)
    Panas dah dapat sejuk pun dah dapat
    Moga syukur sentiasa dijiwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. pikat terkukur tak dapat-dapat
      terpikat pula anak pak rahman
      bersyukur lah kita sebelum tak sempat
      moga hidup bertambah aman

      Delete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !