Thursday, June 21, 2012

PEMBAYANG DULU-DULU 48: EMAS BERGANTANG.

.

apa guna kepuk di ladang,
kalau tidak berisi padi;
apa guna emas bergantang,
kalau tidak menenang hati.

 

23 comments:

  1. apa guna kepuk di ladang
    kalau tidak berisi padi
    emas bergantang direbut orang
    jasad di bumi reput sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa guna kepuk diladang
      kalau tidak berisi padi
      emas yg banyk selalu dipandang
      ilmu akhirat sudah tidak peduli

      Delete
  2. Asal beras dari padi
    Beras di masak atas tungku
    jikalau hendakkan ketenangan hati
    sedekah dan hadiah kepada yang perlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. asal beras dari padi
      beras di masak atas tungku
      jika ketenangan yang dihajati
      besedekah lah seikhlas hati mu

      Delete
  3. kayolah sya kalau dapat segantang emas ni

    best pantun kakcik mati bawa diri jugak kan? tak bawa harta pun
    cuma amalan yg sampai ke tidaklah segantang nya :(

    ReplyDelete
  4. Apa gunanya kepuk di ladang
    Berat bahu sebelah membawa pinang
    Banyak gunanya emas segantang
    Berzakat dulu, hati insyaallah tenang


    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa gunanya kepuk diladang
      berat bahu sebelah membawa pinang
      emas yang banyak pasti berkurang
      kalau dikongsi pasti hidup menjadi senang

      Delete
  5. apa guna kepuk diladang,
    kalau tidak berisi padi,
    apa guna pakai selendang,
    kalau tidak ada budi pekerti..

    ReplyDelete
  6. rse seronaok lar dapat join blog nie
    dapat jugak belajar care nak pantun heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. silalah datang bermain-main di laman ini .. ia memang terbuka untuk semua orang.

      Delete
  7. Erkkk..saya ingatkan salah masuk gelanggang..

    ReplyDelete
  8. Apa guna kepuk di ladang,
    Kalau tidak berisi padi;
    Biar pun emas bergantang-pantas,
    Syurga Allah tiada jual beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah ejaan kat perenggan ketiga tu, bang haji

      Sepatutnya...

      Biar pun emas bergantang-gantang

      Delete
    2. apa guna kepuk di ladang,
      kalau tidak berisi padi;
      masyuk syurga tidak terhalang,
      kalau mendapat rahmat Ilahi.

      Delete
  9. Apa guna kepuk di ladang
    Kalau tidak berisi padi
    Apa guna emas bergantang
    Asyik risau dijengah pencuri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sungguh kebaya nyonya
      Disimpan kemas di dalam peti
      Emas bergantang tiada gunanya
      Andai tiada budi pekerti

      Delete
    2. kalau kerbau tidk bertali,
      pergi ke kedai belilah sega;
      kalau risau dijengah pencuri,
      bolelah pakai Zhulian punya.

      Delete
  10. cantik sungguh kebaya nyonya
    disimpan kemas di dalam peti
    emas bergantang banyak gunanya
    boleh apply jadi ceti ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik sungguh kebaya nyonya,
      disimpan kemas di dalam peti;
      emas dihadiah saudara mara,
      kalau berlebih masuk ASB.

      Delete
  11. Dari ladang saya tiba
    Ingin menemui tuan hamba
    Ruang luas penuh tetamu
    Hendak berkata terasa malu

    Tinggal sajalah salam mesra
    Ada hayat kita bertemu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangkap napuh di waktu malam,
      jangan disimpan di dalam kandang;
      gembira sungguh hati di dalam,
      melihat tuan datang bertandang.

      Delete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !