.
Orang politik kalau bergaduh,
Keluar dewan berpeluk-pelukan;
Orang kampung kalau bergaduh,
Tidak bertegur tujuh keturunan.
Orang politk kalau berbalah,
Keluar dewan berpegangan tangan;
Orang kampung kalau berbalah,
Bila sembahyang imam berasingan.
* Tajuddin itu orang UMNO dan Salehuddin itu orang PAS.
Suasana inilah yang saya gambarkan dalam pantun merapu saya 'Orang Kecil Orang Besar' tak lama dulu! :)
ReplyDeletesuasana ini akan berulang-ulang dilakonkan oleh pelakon pelapis nanti ..
DeleteAssalamualaikum Tuan...
ReplyDeleteOrang Politik kalau bergaduh
Keluar dewan makan semeja
Orang Kampung Kalau Bergaduh
Habis semua rahsia dijaja
Orang kampung Bila Berbalah
Tidak Bertegur Tujuh Keturunan
Orang Politik Bila Berbalah
Diluar Dewan masih berkawan
Orang Politik atau Orang Kampung
Dihitung kira sama sahaja nak untung
Orang Politik naik atas kiraan undi orang kampung
lepas naik janji jd omongan kosong org kampung yg melopong
alaikumsalam.
Deleteorang politik kalau mengkritik,
dapat saham diri sendiri;
kalau berpolitk jangan fanatik,
parti sendiri semuanya suci.
ikan kembung dimakan ituk,
ReplyDeleteitik digulai di dapur kayu;
ini bukan cerita orang kampung orang politik,
ini memang perangai Melayu.
ikan puyu di dalam bubu,
Deletebelah umbut dibuat sayur;
perangai Melayu memang begitu,
lemah lembut bertolak ansur.
orang politik kalau bergaduh
ReplyDeleteMasih senyum , bersalam-salaman
org kampung kalau bergaduh
pasang pagar buat sempadan
burung sintar di dalam reban,
Deleteitik serati jual di pekan;
pasang pagar buat sempadan,
kalau mati siapa tanamkan ?
Mencari buluh ke dalam hutan
ReplyDeleteCucu pula hendak mengikut
Bukan saja sembahyang berasingan
Kenduri kendara haram tak jemput
cucu pula hendak mengikut,
Deletepergi kenduri rumah menteri;
kenduri kendara kalau tak jemput;
kalau mati tanamlah sendiri.
orang kampung
ReplyDeletekalau bergaduh
tumbukannya ikhlas.
orang politik
kalau bergaduh
tumbukannya beralas..
orang pencen
Deletekalau bergaduh
tumbukannya keras.