Sunday, March 18, 2012

KITA BLOGGER SEPENUH MASA.

kita blogger sepenuh masa,
berblog mengalahkan orang-orang muda,
di tengah malam kekadang terjaga,
tergolek terlentang mencari idea,
kekadang ada orang yang suka,
kekadang kagum sendiri sahaja,
apa yang penting hendak dikira,
meluah semua yang menyesak dada.


Nota kaki: di ambil dan diubahsuai dari komen saya  dari entri Ujang Kutik di sini.

6 comments:

  1. Terasa pulak saya... Kadang2 saya kagum dengan karya sendiri sedangkan tiada siapa yang peduli. Sebaliknya yang saya rasa tidak bererti, yang itu pula orang perhati. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun banyak kali mengalami situasi yang serupa .. nasib baik saya tak berniaga. kalau tidak, harus barang yang dijual tidak laku.

      Delete
  2. Assalam,

    Huish, terjaga tengah malam kenapa
    tergolek dan terlentang cari idea..
    Not good, not good..
    Kalau saya terus..tahajud..

    Pak Ngah nak jadi blogger fofular ker? hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam.

      Teruskan amalan yang baik itu.

      Tak cadang pun, cuma nak beri yang terbaik.

      Delete
  3. saya mencurah rasa tanpa perduli apa orang kata...
    pengalaman amat mematangkan...bukan untuki memuaskan kehendak seseorang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang saya pun sama .. pernah beberapa kali saya tutup kotak komen tapi tak kekal lama kerana ada permintaan dari pembaca melalui SMS dan juga akaun FB supaya dibuka semula.

      Delete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !