salam, dah lebih 20tahun bukit tu saya pandang dari rumah.. hijau sentiasa.. waktu petang lah selalunya.. minggu lepas baru perasan.. Dah gondol.. sayu pula rasanya..
tak. tapi kawasan senawang juga. dah dekat 3 dekad menghuni.. tapi kegondolan bukit tu lagi jelas kalau tengok dari taman bandar senawang. sakit mata & hati..
Assalamualaikum Tuan..
ReplyDeletePulau Pandan jauh ke tengah
Gunung daik Bercabang Tiga
Bagaimana hutan tak kena tarah
Untung yg akan diraih tidak terhingga
alaikumsalam.
Deletepulau pandan jauh ke tengah,
gunung daik bercabang tiga;
kalau ia pun hendak menarah,
harap biarlah berpada-pada.
Hujung minggu jalan ke kota
ReplyDeleteSinggah juga pekan diraja
Bila wang ringgit mengelabui mata
Sanggup berbuat apa sahaja
burung serindit dah kena cekup,
Deletecampur terung gulai berlada;
wang dan ringgit takkan cukup,
walau menggunung di depan mata.
Anak raja berjalan ke Pekan
ReplyDeletejalan seiring bertiga-tiga
bukan sengaja ia digondolkan
pulangannya konon untuk rakyat juga.
;)
jalan seiring bertiga-tiga,
Deletepergi ke hulu membeli gitar;
masing-masing semua nak kaya,
janganlah ganggu alam sekitar.
salam,
ReplyDeletedah lebih 20tahun bukit tu saya pandang dari rumah.. hijau sentiasa..
waktu petang lah selalunya..
minggu lepas baru perasan.. Dah gondol..
sayu pula rasanya..
(maaf lah tak berpantun, idea tak mari.)
duduk kat Lavender Heights juga ke ?
Deleteterima kasih kerana sudi berkunjung dan memberi komen.
tak. tapi kawasan senawang juga. dah dekat 3 dekad menghuni..
ReplyDeletetapi kegondolan bukit tu lagi jelas kalau tengok dari taman bandar senawang.
sakit mata & hati..
Taman Bandar Senawang tu tak jauh dari Lavender Heights.
DeleteSakit mata boleh ditutup tapi sakit hati .. berat kesannya.