Thursday, April 14, 2011

PEMBAYANG DULU-DULU 37 - MUNGKINKAH RINDU MENJADI BENCI ?



Dari mana hendak ke mana
Tinggilah rumput si dari padi
Bila dah lama tidak bersua
Mungkinkah rindu menjadi benci ?

.

21 comments:

  1. Dari mana hendak ke mana
    Tinggilah rumput si dari padi
    Saban hari bersua muka
    Hilangkah juga sayang di hati?

    Tinggilah rumput sidari padi
    Rumput berduri menikam tumit
    Hilanglah juga sayang dihati
    Bila yang lain menggamit-gamit

    Rumput berduri menikam tumit
    Puas diusap puas dibelek
    Bila yang lain menggamit-gamit
    Yang dipuja dulu dipandang jelek

    :(

    ReplyDelete
  2. kakcik

    Dari mana hendak ke mana
    Tinggilah rumput si dari lalang
    Saban hari bersua muka
    Hati ini bertambah sayang.

    Rumput berduri menikam tumit
    Tinggilah rumput si dari padi
    Memang ramai datang menggamit
    Hati ini telah terkunci.

    * kakcik menang 3 berbalas 2 !

    ReplyDelete
  3. dari mana hendak ke mana
    tinggilah rumput si dari padi
    walau dalam talian asyik bersua
    teringin juga bertemu di alam realiti

    ReplyDelete
  4. gadisbunga

    dari mana hendak ke mana
    tinggilah rumput si dari padi
    kalau sudi hendak bersua
    datanglah kenduri anak saya nanti.


    * nanti saya buat jemputan secara rasmi.

    ReplyDelete
  5. Dari Mana hendak Kemana
    Tinggilah Rumput Si Dari Padi
    Terasa Juga Hendak Bersua
    Semoga Ukhuwah kekal Di Hati

    Terasa Juga Hendak Bersua
    Semoga Ukhuwah kekal Di hati
    Tuan Ingin Bermajlis Rupanya
    Jangan Dilupa Saya Disini

    Tuan Ingin Bermajlis Rupanya
    Ijab kabul Putera Puteri Brgkali
    Harapan Agar Persiapan Sempurna
    Semoga Majlis Indah Berseri-Seri

    ReplyDelete
  6. dari sini hendak ke melaka,
    tinggi sunggah dijulang takhta,
    Lama juga tak bersua muka,
    timbul pula segala sengketa.

    ReplyDelete
  7. Naik tongkang naik perahu,
    Perahu berat dinaiki muthu,
    berita buruk dipalu-palu,
    Hilang kasih hilang rindu.

    ReplyDelete
  8. Singgah tengok orang berpantun jap..

    ReplyDelete
  9. eye_nee

    dari melaka pergi ke lipis
    hendak membeli beras se bakul
    memang saya ingin bermajlis
    undangan rasmi akan menyusul.

    ReplyDelete
  10. normaliza mah

    tanam tebu di dalam ladang
    usah dipatah kelak kan mati
    ingin bertemu tiada peluang
    moga ukhwah kekal abadi.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    Dari mana hendak ke mana,
    tinggi rumput dari padi;
    puas sudah daku merindunya,
    tapi orang tak ambik peduli.

    ReplyDelete
  12. anyss

    waalaikumsalam.

    dari mana hendak ke mana,
    tinggi rumput dari padi,
    kalau rindu beritahulah dia,
    jangan disimpan di dalam hati.

    ReplyDelete
  13. dari mana hendak ke mana,
    tinggi anak menakan dari untie,
    mungkin jika lama tak sua,
    muka dan nama dah tak ingat lagi..

    ReplyDelete
  14. im

    dari mana hendak ke mana,
    tinggi anak menakan dari untie,
    kalau lama tidak bersua,
    lupa dimata jangan di hati

    ReplyDelete
  15. Dari mana hendak ke mana
    Tinggilah rumput si dari padi
    Walaupun kita tidak pernah bersua
    Namun ikatan tetap di hati

    ReplyDelete
  16. ust abd razak

    Tinggilah rumput si dari padi
    Dari mana hendak ke mana
    Syukur ikatan tetap di hati
    Harap kekal ke akhir usia

    ReplyDelete
  17. Pergi bercuri ke tasik chini,
    bercuti dengan keluarga ana,
    tumpang lalu hamba di sini,
    nak tnya tuan asalnya mana?

    ReplyDelete
  18. normaliza mah

    saya dilahirkan di negeri sembilan, membesar di merata2 tempat dan kini tinggal di seremban, negeri sembilan.

    ReplyDelete
  19. Normaliza

    soalan awak itu telah saya jawab di blog awak !

    mungkin lebih dari apa yang awak ingin tahu dari saya.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !