Sunday, April 17, 2011

PANTUN PERITBAHASA 12: GADING DAN TANDUK



gambar ihsan Google 


ikan sepat di tengah sawah
anak lembu di pinggir kali
sudah dapat gading bertuah
tanduk tak perlu nak risau lagi.


.

.

14 comments:

  1. ikan sepat di tengah sawah
    anak lembu di pinggir kali
    sudah dapat gading bertuah
    tanduk merajuk menjeruk hati

    anak lembu di pinggir kali
    jatuh di tebing kakinya berdarah
    tanduk merajuk menjeruk hati
    mengapa sidia berubah arah

    jatuh di tebing kakinya berdarah
    tertusuk duri di batang kayu
    mengapa sidia berubah arah
    sedangkan dulu merayu-rayu

    ReplyDelete
  2. kakcik

    pergi ke paya tangkap haruan
    jangan diusik anak lelabi
    izinkan saya mengangkat tangan
    serangan kakcik bertubi-tubi.

    (kes tak dapat jawab, terpaksa guna pantun penyelamat .. hehe)

    ReplyDelete
  3. ikan sepat di tengah sawah
    anak lembu di pinggir kali
    sudah dapat gading bertuah
    dimusnah, dikeji sesuka hati.

    ReplyDelete
  4. tanduk tak perlu nak risaukan lagi,
    cuma kesepian kerana tak siapa peduli lagi.

    ReplyDelete
  5. Anak siakap di air payau
    Udang galah masuk ke bubu
    Tanduk tetap berasa risau
    Gading bertuah retak seribu.

    ReplyDelete
  6. im

    tanduk bukan tak bagus, cuma gading lebih bagus.

    ReplyDelete
  7. abang temuk

    udang galah masuk ke bubu
    ikan gelama di buat masin
    walau gading retak seribu
    manakan sama tanduk yang licin.

    ReplyDelete
  8. normaliza mah

    ikan sepat di tengah sawah
    anak lembu di pinggir kali
    kalau dah dapat gading bertuah
    tanduk jangan di tolak tepi.

    ReplyDelete
  9. Ikan sepat di tengah sawah
    Anak lembu di pinggir kali
    Keadaan senang ataupun susah
    Kerana semua itu rahmat dari Ilahi

    ReplyDelete
  10. ust abd razak

    ikan sepat di tengah sawah
    anak lembu di pinggir kali
    di kala senang ataupun susah
    nama Mu tetap di dalam hati.

    ReplyDelete
  11. Pergi memancing di Tanjung Batu
    Dapat seekor si ikan duri
    Tang mana la tuahnya gading tu
    Sampaikan tanduk disingkir ke tepi

    ReplyDelete
  12. ikan sepat di tengah sawah
    anak lembu di pinggir kali
    sudah dapat gading bertua
    tanduk tu kita gantung tinggi2

    ReplyDelete
  13. cik shinju

    menangkap kera di tepi tebing
    guna perangakap si kayu jati
    bagi mereka tak punya gading
    tanduk tetap pujaan hati.

    ReplyDelete
  14. kts

    buah langsat kuning mencelah
    senduduk belum berbunga lagi
    digantung tinggi tanduk tak usah
    nanti jatuh menikam kaki.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !