Thursday, April 28, 2011

KADANG-KADANG ...

http://essowenni.files.wordpress.com/2008/02/party.jpg


kadang-kadang hati ini sangat teringin untuk berjalan
tetapi kaki ku pula amat berat untuk melangkah
terpaksalah ku seret ia bersusah payah.
 
kadang-kadang kaki ini sangat teringin untuk berjalan
tetapi hati ku pula amat berat untuk melepaskan
berjalanlah ia dalam segala keterpaksaan
ibarat menarik balak penuh berdahan. 

kadang-kadang perasaan ini sangat teringin untuk berdiam
di dalam kamar ku yang suram
tapi hati ku pula tidak mahu tenteram
kerna di luar sana berdentum dentam
lalu keluarlah juga bagai pencuri di waktu malam
melepas rindu melepas  dendam yang entah bila kan padam.

.

21 comments:

  1. kadang2 curi keluar juga..hehehe

    ReplyDelete
  2. Buah manggis buah delima
    Mari dibeli di Pekan Rabu
    Jika hati sudah gundah gulana
    Bacalah al-Quran untuk mereda hawa nafsu

    ReplyDelete
  3. hati dan nafsu sering tak sekata
    bila yang baik sering bertangguh
    mana yang buruk selalu pula ingin bersungguh
    hanya iman dan taqwalah benteng kita
    agar tidak menempah jalan selain ke syurga...

    ReplyDelete
  4. kaang kala kita tak sedar yg tindakan kita mengembirakan hati orang lain..

    namun kadang kala tindakan kita boleh mengecilkan hati orang lain..

    ReplyDelete
  5. As-Salam Tuan.....

    Kenapa Harus Berdiam
    Duduk dikamar nan suram
    Buat hati tidak tenteram

    Tak Perlu Berdiam teruskan Berkata
    Kerana Kata-kata mu penuh Agenda
    Pantun Indah mengembali Nostlagia
    Puisi penuh bait sembunyi makna
    Bicara Seorg Usia penuh Wibawa
    Hati ini sering sahaja
    Menunggu sesuatu Untuk Dibaca
    Biar Pantun..Puisi atau apa sahaja
    Hanya terkadang Jarang Dpt Bersama
    Membalas Semula Kata Bicara
    Kerna masa Membatasi tiada terduga

    ReplyDelete
  6. khairil

    kalau tak curi2 keluar .. tak adalah entri ini. hehehe

    ReplyDelete
  7. ust abd razak

    hati saya gundah gulana sebab tak dapat buat entri baru dan bw.

    ReplyDelete
  8. kakcik

    kadang2 hati teringin nak buat entri, tapi masa tak ada.
    kadang2 masa ada, ilham pula tidak menjelma
    itulah yang cuba saya sampaikan dalam entri ini sebenarnya.

    ReplyDelete
  9. ikan emas

    saya memohon maaf jika ada tindakan saya yang telah mengecilkan hati awak. saya tidak berniat begitu. mungkin awak silap faham guruan saya, yang kadang2 mungkin terkasar sikit sebab saya kira awak sudah boleh menerimanya. saya janji tak buat lagi.

    ReplyDelete
  10. eye_nee

    salam kembali

    terima kasih tidak terhingga
    kerana memahami apa yang terbuku di dalam dada
    kadang2 ada ilham, tapi masa tak ada
    kadang2 ada masa, ilham pula tidak menjelma
    namun patah sayap ku terbang jua.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Uncle...

    ni sajak ke monolog?

    (muka blur)


    salam jumaat...

    ReplyDelete
  12. curi ye? dosa... hehe

    ReplyDelete
  13. cik shinju

    alaikumsalam

    ini bukan monolog lah .. ini streolog ! hehe

    kalau blur, baca jawapan saya kepada komen kakcik di atas.

    ReplyDelete
  14. teja rb

    saya curi pun tak ada barang yang hilang .. hehe

    terima kasih singgah.

    ReplyDelete
  15. bila hati sudah mahu
    semua beban pergi berlalu
    bila hati sudah tahu
    semua senang tiada keliru

    salam jenguk... :)

    ReplyDelete
  16. putera duyung

    terima kasih kerana sudi menjenguk dan ambil tahu !

    ReplyDelete
  17. INGIN BERTANYA:
    nukilan / coretan / tarian pena yang disembahkan ini....
    apa kah maksudnya?
    bait itu sungguh dan bermakna,
    ingin pula digunakan untuk ditujukan pada mereka2....

    boleh kah?

    ReplyDelete
  18. normaliza mah

    maksudnya adalah seperti jawapan saya kepada komen kakcik dan eye_nee di atas.

    kalau nak guna, silakan kalau sesuai.

    ReplyDelete
  19. ohh begitu maksudnya..
    erm.. lain dari yang disangka..

    ReplyDelete
  20. berkali-kali dibaca, andai saya yang mencoret maksudnya tidak seperti tuan punya maksud.
    itulah keindahan bahasa ...
    bahasa itu arbitari..

    ReplyDelete
  21. normaliza mah

    memang bahasa melayu kita amat indah. terima kasih kerana meminati nukilan saya.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !