Monday, April 25, 2011

MACAM PANTUN DULU-DULU - 12



lama sudah tidak ke ladang
tinggilah rumput si dari padi
lama sudah tidak ke ladang
tengok rumput rasa nak lari.
.

12 comments:

  1. tinggilah rumput si dari padi
    burung pipit terbang berduyun
    tengok rumput janganlah lari
    panggil saja si tukang kebun

    ReplyDelete
  2. lama sudah tidak ke ladang
    tinggilah rumput si dari padi
    kalau pergi bawalah parang
    manalah tahu ada sibelang menanti!

    ReplyDelete
  3. As-Salam tuan...

    lama Sudah Tidak Ke Ladang
    Tinggi Rumput Si dari Padi
    Kalau Nak LAri Tu Pandang-Pandang
    Takut terpijak Rumput Berduri

    Lama Sudah Tidak Ke Ladang
    Tinggi rumput si dari Padi
    kenapa Lama Sangat tak datang
    Rumput Dah Angkuh Meninggi Diri

    Lama Sudah Tidak Ke Ladang
    Tinggi rumput si dari Padi
    Usah di harap ladang Kan Terang
    Andai Kudrat Malas Berbakti

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tuan Haji..

    Lama sudah tidak ke ladang
    Tinggilah rumput si dari padi
    Syariat Islam tetap dipegang
    Aqidah sesat jangan dihampiri

    ReplyDelete
  5. alamak tak ada idea....
    huhu... kalian di sini semua hebat berpantun ya...
    saya tgh buat pantun juga. utk pertandingan....

    ReplyDelete
  6. kucingorengemok

    naik kereta pergi ke sawah
    tengah jalan mengambil baja
    panggil dia memang tak susah
    tapi takkan nak panggil saja.

    ReplyDelete
  7. kakcik

    lama sudah tidak ke ladang
    tinggilah rumput si dari padi
    mungkin ladangku tiada sibelang
    tapi ku takut mat lalok menanti!

    ReplyDelete
  8. eye_nee

    salam kembali

    Lama Sudah Tidak Ke Ladang
    Tinggi rumput si dari Padi
    Baru saja saya bertandang
    Menengok awak dekat lemari.

    *jawab pantun no 2 jer boleh ?

    ReplyDelete
  9. ust abd razak

    waalaikumsalam

    Lama sudah tidak ke ladang
    Tinggilah rumput si dari padi
    Terima kasih sudi bertandang
    Bawa nasihat penetap hati.

    ReplyDelete
  10. Normaliza Mah

    tunjuklah pantun yang awak tengah buat tu !

    semua orang boleh berpantun .. susah lagi add math !

    ReplyDelete
  11. Lama sudah tidak ke ladang
    Tinggilah rumput si dari padi
    Kenapa padi ditanam di ladang
    Tanam di bendang baru menjadi

    ReplyDelete
  12. cik shinju

    Lama sudah tidak ke ladang
    Tinggilah rumput si dari padi
    Kenapa padi ditanam di ladang
    Gaya korporat di masa ini.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !