Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA ...!

walau mata tak pernah berpandangan
tangan tidak pernah bersalaman
bicara tidak pernah kedengaran
namun budi tetap kedapatan
rasa mungkin pernah terusik
hati mungkin pernah terjentik
apa lagi nak di kata
selamat hari raya
maaf zahir batin.

Saya peturunkan kembali nukilan dari blog KomenSen untuk peringatan diri sendiri dan mungkin juga sebagai iktibar kepada orang lain (kalau dah pernah baca ...tak apa, baca lagi sebab Melayu mudah lupa).

SEMOGA RAMADHAN 1430 INI ...

kelmarin aku melihat di kaca tv
ada famili makan nasi
beras gred bawah sekali
cuma sekali sehari
dengan sayur kangkung yang dipetik di pinggir kali
sekadar mengalas perut yang berbunyi
tidak pula ku lihat ada kerut di dahi.

sedang aku terbiasa makan nasi
beras wangi gred atas sekali
bila-bila mengikut kehendak hati
kekadang berkali-kali dalam sehari
dengan kari ikan tenggiri atau kurma bebiri
atau lain-lain makanan selayak tuan puteri
itu pun kekadang masih tidak puas hati
hanya kerana tiada sayur broccoli.

mengapa aku biadap sekali
seolah-olah merasa semua rezeki
sudah menjadi hak sendiri
terlupa akan segala yang dinikmati
adalah dari Rahmat mu jua wahai Ilahi
makhluk jenis apakah aku ini?

Ya Allah ya Tuhan ku
ampunilah daku
atas segala kelemahan ku
semoga Ramadhan 1430 ini
menginsfkan aku siapa diri.

4 comments:

  1. selamat hari raya...seronok mengenali awak melalui penulisan awak & pantun2 awak yg lawak..hhhehe...semoga syawal nie buat awak lebih ceria & bahagia...

    manusia mudah lupe..
    manusia mudah terpedaye
    manusia mudah putus ase
    manusia tak bersyukur dgn ape yang ade

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya jangan lupa bayar zakat fitrah..itulah gunanya agar mereka dapat merasa beras gred tinggi

    ReplyDelete
  3. atacha

    pujilah lagi ... tak apa, saya tak kecil hati!

    ReplyDelete
  4. mamai

    t.kasih kerana mengingatkan. dah lama setel.

    * beras gred tinggi tu hanya metafora je!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !