Tuesday, September 15, 2009

KAU KINI DI SANA !

ibu !
kau kini di sana
dan anakanda masih di sini
ku tahu kau di mana
hati ini masih mencari.

ibu !
kau kini di sana
dan anakanda masih di sini
setiap menjelang hari raya
rindu pada mu tidak terperi.

ibu !
kau kini di sana
dan anakanda masih di sini
kelak bila sampai masanya
Ya Rabbi pertemukanlah kami.

ibu !
kau kini di sana
dan anakanda masih di sini
semoga kau aman di sana
sentiasa anakanda berdoa di sini.

ibu !
kau kini di sana
dan anakanda masih di sini
tak daya lagi ku berkata
air mata sudah membasah pipi.

4 comments:

  1. maaf kalau saya menyibuk, ibu awak dah mengadap illahi ke?

    makcik!
    makcik kini di sana
    dan anak makcik nie masih disini
    dia teringat kat makcik kat sana
    sebab dia sendirian kat sini....

    ReplyDelete
  2. ibu kau disana
    aku di sini tetap mengingatimu
    kerena asih mu tidak terperi

    ReplyDelete
  3. Ibu sudah menghadap illahi,
    Kita tak tahu bila lagi,
    Tapi kita masih lagi dilindungi illahi,
    Semoga bertemu ibu di syurga yang hakiki,
    Taman firdausi..

    teruskan berdoa untuk ibu....

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !