anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
sakit sungguh tertusuk buluh
sakitlah lagi rindukan tuan.
anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
tuan ibarat minyak yang penuh
tidak setitik jatuh ke jalan.
anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
tuan ibarat bulan yang penuh
leka memuja lupa nak makan.
anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
sayangkan tuan dah jadi buluh
semasa rebung ku pandang ringan.
kalau tukar jadi anak itik boleh tak
ReplyDeletekalau nak tukar anak ayam turun sepulauh jadi turun lapan boleh tak?
ReplyDeleteanak ayam turun lapan
tambah seekor jadi sembilan
tapi kalau mati seekor tinggal lapan
kalau tak mati jadi sembilan...
mamai.
ReplyDeletetak boleh ... nanti engkau langgar !
atacha.
rosak pantun aku !