Tuhan-ku
aku tahu
sesungguhnya Engkau mampu
jika Kau mahu
saat ini
mengambil pendengaran ku
yang cenderong melayan perkara keliru.
Tuhan-ku
aku tahu
sesungguhnya Engkau mampu
jika Kau mahu
saat ini
mengambil penglihatan ku
yang gemar tersasar ke daerah biru.
Tuhan-ku
aku tahu
sesungguhnya Engkau mampu
jika Kau mahu
saat ini
mengambil upaya lidah ku
yang sering lalai menyebut nama Mu.
Tuhan-ku
aku tahu
sesungguhnya Engkau mampu
jika Kau mahu
saat ini
mengambil ingatan ku
yang kerap terlupa mengenang wujud Mu.
Tuhan-ku
aku tahu
sesungguhnya Engkau mampu
jika Kau mahu
saat ini
mengambil nafas ku
kerana pendengaran ku, penglihatan ku, lidah ku dan ingatan ku
dari limpah rahmat Mu
tidak membulat kepada Mu.
Tuhan ku
Ampunilah daku.
selagi kao tahu,
ReplyDeletekao cuma bercelaru sedikit keliru
tidak perlu terlalu takut
selagi kao tidak terburu buru
kao pasti akn kembali ke jalan 'itu'
jalan jannah y selalo disebot sebot!
harapnya bagitulah dik!
ReplyDeletesalam...saya kagum dengan saudara menciptakan pusi ini.
ReplyDeletesama2 lah kita memohon keampunan allahs swt.
anaklaut.
ReplyDeletesaya senang kerana sdr menyenangi puisi ini.
t.kasih kerana sudi singgah blog saya yang darahnya baru setampuk pinang ini.
andai kita tahu Allah dah maafkan kita,
ReplyDeletemesti kita lupa untuk mendengar kalam Allah, mesti kita lupa untuk melihat keindahan dunia, mesti kita lupa untuk mengingati Nya...
kerana itu, Allah jadikan semua pengadilan itu ghaib dan tersembunyi.